Insan & Komuniti 12 Apr, 2020

JIRAN TERBAIK! TERIMA KASIH EN AZNAN, ARISSA!!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SETIAP orang yang tinggal di kawasan perumahan pasti menginginkan kejiranan yang baik serta saling membantu antara satu sama lain. Itulah yang terjadi apabila terdapat seorang jiran ini yang begitu komited dalam membantu jiran-jirannya. : KitaReporters


'Si suami kena kuarintin di offshore, isteri tunggu masa nak bersalin'.


Melalui berkongsian yang dilakukan oleh @ArissaAznan dalam akaun Twitter miliknya, beliau menceritakan bagaimana ayahnya seorang yang begitu komited dalam membantu jiran-jirannya

Bagi mana-mana isteri yang sarat mengandung dan menunggu hari, sudah pasti berharap si suami tercinta akan ada bersama untuk menemani bagi menyambut cahaya mata mereka.

Tetapi demi tugasan, kadangkala ia terpaksa berkorban.




"Ayah juga yang mengazankan anak kak Nurul ini dan nurse di situ ingat yang ayah ini Atok kepada cucu tersebut," tulis Arissa.


Dalam tempoh Perintah Tempoh Pergerakkan (PKP) ini, sudah pasti orang ramai tidak dibenarkan keluar sesuka hati melainkan mempunyai urusan penting.

Bagi memastikan orang ramai tidak melakukan pergerakan beramai-beramai, ayah Arissa ini sanggup mengambil pesanan daripada jiranya untuk membeli barangan keperluan harian.


Biarpun begitu, Arissa tetap bangga dengan ayahnya dan beliau berharap ayahnya ini sempat melihat dirinya berumah tangga dan menimbang cahaya mata. 

Malah ilmu agama juga ayahnya dititikberatkan di dalam keluarga. 



Cerita yang dikongsikan oleh Arissa ini telah mendapat perhatian pengikutnya dalam Twitter, rata-rata mereka bangga dengan ayah Arissa dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Begitu juga kami di KitaReeporters. - KitaReporters





5
0
1
2
0
You will be interested