RAKYAT Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kreativiti selain terkenal dengan jolokan 'Jabatan Netizen' dan 'tentera bawang'. Apatah lagi ketika ini, majoriti rakyat kena duduk di rumah "pakai baju kelawar isteri" dan tertakluk dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. : KitaReporters
Maka tidak hairan jika idea demi idea itu datang bagi mengisi masa yang terluang sehingga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri sendiri.
Buktinya, usainya perutusan khas berkenaan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada petang Isnin, 6 April 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu video telah mendapat perhatian daripada PM kerana yang mengedit ucapannya menjadi lagu.
“Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu.
"Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang.
"Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” Muhyiddin.
Kredit kepada Hanif Jamals dan Nrmrzrn
Kredit video: FB @Bass Agents
CUTE LA PM ...
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka terhibur malah ada juga yang memuji cara Perdana Menteri itu.
Ini juga dilihat satu perkembangan positif apabila pemimpin nombor satu negara mengambil berat akan kesejahteraan rakyatnya.
Diharap masyarakat akan terus kekal di rumah bagi memastikan rangkaian Covid-19 ini dapat ditamatkan. Ia membuktikan rakyat Malaysia ini sememangnya mempunyai pelbagai bakat terpendam dan ia terserlah ketika tempoh PKP ini. - KitaReporters