Insan & Komuniti 25 Feb, 2021

Video| Lelaki tua, OKU sorok duit di dalam rumah! Berjaya dikumpulkan di dalam 8 guni 50kg!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Payuri atau Biok bersama beberapa pekerja yang mengira jumlah wangnya yang dikumpulkan di dalam guni.


SEORANG lelaki tua berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) bernama Payuri atau Biok, 81, dari Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia menyimpan duit-duit kertas yang diterimanya di dalam rumah.

Duit-duit kertas tersebut telah berjaya dikumpulkan di dalam lapan guni 50 kilogram. Satu guni wang dilaporkan mengandungi duit sebanyak Rp 81 juta (kira-kira RM23,200)

Ada tujuh lagi karung yang masih belum dibuka yang boleh membawa jumlah duitnya mencecah kira-kira Rp 500 juta (kira-kira RM143,400).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan OKU:

https://kitareporters.com/search?search=OKU


Payuri atau Biok. - Kredit foto: pekanbaru.tribunnews.com



Lelaki tua yang cacat pendengaran itu dikatakan mengumpulkan wang kertas itu dalam nilai Rp 10 ribu (RM3) hingga Rp 100 ribu (RM30) selama bertahun-tahun daripada hasil upah mencuci pinggan mangkuk pada majlis perkahwinan yang ada di Payakumbuh dan sekitarnya.

Salah seorang ahli keluarga Biok, Anton mengesahkan Biok mendapatkan wang berkenaan dengan cara itu bukan dengan mengemis.

"Biasanya dia bekerja sebagai pembasuh pinggan mangkuk pada majlis-majlis perkahwinan di Payakumbuh. Saya yakin orang Payakumbuh pasti melihat dan mengenal Biok. 

"Wang tersebut pun juga bukan daripada hasil mengemis kerana dia selalu bekerja sebagai pencuci pinggan mangkok, malah kekadang diberi wang orang tanpa dia minta,” kata Anton kepada portal TribuneWow.com.


Kredit foto:  jakarta.tribunnews.com


Sementara itu menurut Ketua Masyarakat Payakumbuh, Musleniyetti, pihaknya mengunjungi rumahnya setelah mendapat laporan orang ramai.

Lelaki tua itu yang tinggal sendirian di Padang Kaduduok sebelum ini pernah didatangi pencuri, namun duit-duitnya tidak berjaya ditemui.

Ketika sepasukan penduduk bergotong-royong datang membersihkan rumahnya, banyak duit kertas ditemukan di merata tempat di rumah tersebut termasuk diletakkan di bawah tilam dan di dalam bantal.

Kesemua wang itu dikumpul di dalam lapan guni, namun baru seguni yang baru dikira dengan jumlahnya mencapai Rp 81 juta. jika kesemua guni itu dikira nanti, jumlah duitnya mungkin boleh mencecah Rp 500 juta.


Keadaan di luar rumah Biok. - Kredit foto: beritasumbar.com


Biok mengumpulkan wang itu selama berpuluh-puluh tahun, sejak tahun 1990-an hingga ada duit yang sudah tidak laku.

Untuk mengira jumlah duit  yang ada di dalam karung milik Biok itu, sebanyak 12 orang diperlukan untuk mengira selama dua hari.

Musleniyetti berkata, dia akan membuka satu akaun bank untuk Biok selepas kesemua wangnya habis dikira dan dijumlahkan.

Peristiwa dialami Biok ini harus menjadi pengajaran kepada sejumlah warga tua yang masih ada yang suka menyimpan wang dalam bekas simpanan di rumah bertahun-tahun lamanya sehingga menyebabkan duit simpanan itu tidak boleh diguna lagi. - KitaReporters


3
0
0
0
1
You will be interested