Kisah Insan 07 Jan, 2021

Video| Sharifah Shahirah prihatin dengan mangsa banjir! Kumpul sumbangan beli pakaian dalam!

@zuhayati yazid
Pernah berkhidmat di Utusan Malaysia selama 12 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin .

Share this

LAZIMNYA musim banjir keperluan makanan dan tempat perlindungan menjadi perkara keutamaan diberikan kepada mangsa banjir. Namun ramai yang seakan terlupa keperluan-keperluan lain adalah juga penting termasuk pakaian dalam. Namun, penyampai Radio Suria FM, Sharifah Shahira tak lupa. : KitaReporters




Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sharifah Shahirah:

https://kitareporters.com/search?search=sharifah+shahirah


Prihatin dengan nasib mangsa banjir di beberapa negeri terutama di Pantai Timur, Sharifah Shahira bersama beberapa rakan tampil mengumpul pakaian untuk diagihkan kepada mereka memerlukan.

Menyedari ‘barangan’ itu sebagai keperluan wajib buat masa ini membuatkan dia mengumpul dana untuk membeli dan mengagihkan pakaian dalam kepada mangsa.

“OK ni pun I campur campur duit korang bagi beli air beli barangan dalaman.. Seluar Dan bra.... kat Mana la murah nak cari ni.. Borong kat mana ekk

“Nak gelak gelak laa.. Tapi ni sangat penting..,” kongsi dalam laman Instagram miliknya.



Terdahulu, menantu kepada pelakon Maria Arshad itu sebelum ini mengumpul dana untuk membeli air bersih untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Pahang.

Malah turut kelihatan dalam laman sosial miliknya menunjukkan Shiera sedang membeli pakaian dalam untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Malah kediamannya juga dijadikan tempat pengumpulan pakaian sebelum dihantar kepada mangsa di Pahang.



Sejak Sabtu 3 Januari 2021 lalu, hujan lebat melanda beberapa kawasan di Pantai Timur menyebabkan paras air melimpah memaksa jalan utama terpaksa ditutup.

Di Pahang, keadaan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 10,467 orang membabitkan 3,263 keluarga setakat jam 12 tengah hari 7 Januari 2021.

Kesemua mangsa ditempatkan di 198 PPS membabitkan sembilan daerah iaitu Kuantan, Temerloh, Maran, Rompin, Jerantut, Raub, Lipis, Bentong dan Pekan.



Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi pemindahan mangsa banjir dengan 3,152 mangsa daripada 850 keluarga dipindahkan ke 35 PPS. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran cuaca bahaya membabitkan hujan sangat lebat melanda di beberapa daerah di Pahang dan Johor.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon, berkata kawasan yang diletakkan dalam bahaya membabitkan daerah Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor. 

"Bagi kawasan diletakkan dalam keadaan buruk iaitu hujan lebat dijangka berterusan sepanjang hari ini ialah di Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera di Pahang selain di Segamat juga Kluang di Johor," katanya.

Semoga kesemua mangsa tabah menghadapi dugaan yang melanda awal tahun ini! - KitaReporters


You will be interested

Dari Kelantan tapi cari rezeki di Pulau Pinang! Sempena Ramadan, dapat motor baharu daripada YB

Mohamad gigih cari rezeki jadi penghantar makanan biarpun terpaksa pinjam basikal kawan. Kini bersyukur dapat motosikal baharu daripada YB Steven Sim Chee Keong

Video| Kisah Edika Yusof jadi inspirasi! Jaga isteri baik-baik, rezeki kita pun akan dimurahkan!

Edika Yusuf tampil dalam rancangan khas Borak Kelamin Astro Ria bagi huraikan tip bagaimana urus hubungan rumah tangga supaya terus kekal akrab serta bahagia
Sarfarizmal Saad in Kisah Insan 1 day ago

Video| Cari lelaki ini! Acu pisau, pijak leher anak! Tertekan masalah hidup, anak jadi mangsa?

Tular video yang tunjukkan 2 kanak-kanak menangis ketakutan kerana didera selepas dipijak pada leher dan diacu pisau oleh bapa kanak-kanak itu di Kunak, Sabah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Kematian husnul khatimah! Imam meninggal dunia ketika sujud solat maghrib! Akibat sakit jantung

Seorang imam Sofyan, 58, meninggal dunia ketika sujud pada rakaat pertama solat maghrib di Dusun Wonogiri, Malang, Jawa dipercayai kerana serangan sakit jantung
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago

Berita Terkini| Kanak-kanak perempuan 11 tahun digigit anjing liar! Terima rawatan di hospital

Kanak-kanak 11 tahun, Syauqina Rifqa, yang baru pulang daripada kelas agama di sekolah digigit anjing liar di rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
News Editor 2 in Kisah Insan 1 day ago