Insan & Komuniti 07 Apr, 2021

Berita Terkini| Skim Pembiayaan Lestari Bumi bantu usahawan mikro, kecil! SME peruntuk RM300j

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SKIM yang ditawarkan SME memberi manfaat kepada usahawan mikro meningkatkan kapasiti menjadikan perniagaan lebih maju. - Kredit foto: iluminasi.com


SEBANYAK RM300 juta diperuntukkan oleh SME Bank menerusi Skim Pembiayaan Lestari Bumi bagi membantu dan membangunkan usahawan mikro dan kecil meningkatkan kapasiti pengeluaran, meluaskan akses pasaran dan menjadikan perniagaan mereka lebih mampan dan berdaya saing.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan 41,349 perniagaan terjejas dan tutup akibat Covid-19 tahun lalu.

“Jadi skim itu lahir tepat pada masanya kerana ramai usahawan kecil terjejas berikutan pandemik Covid-19.

"Terdapat hampir dua juta perniagaan kecil dan informal yang masih lagi tidak berdaftar di seluruh negara dan lebih 92 peratus usahawan di negara ini memerlukan bantuan kewangan bagi menceburi perniagaan baharu," katanya dalam satu kenyataan media, di Kuala Lumpur, 7 April 2021.

Beliau dalam masa sama menyarakan supaya usahawan mendaftarkan perniagaan mereka dengan pihak berwajib bagi memudahkan bantuan yang sewajarnya disalurkan melalui agensi kerajaan seperti SME Bank.



Sementara itu, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail, berkata skim berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021.

Tegas beliau menerusi skim berkenaan, usahawan boleh memohon pembiayaan bagi modal kerja dan pembelian aset dengan jumlah pembiayaan bermula dari RM100,000 hingga RM750,000.

"Ini membolehkan usahawan mikro dan kecil meningkatkan perniagaan mereka kepada tahap yang lebih tinggi selain menerima bantuan  berstruktur mengikut keperluan perniagaan mereka,”katanya. - KitaReporters


USAHAWAN berpeluang memohon pembiayaan bagi modal kerja dan pembelian aset  hingga RM750,000. - Kredit Foto Xtra.com. 

0
1
0
0
0
You will be interested