Insan & Komuniti 13 Feb, 2022

Video| Tahniah Intan Saleh! Kini bahagia, mengandung! Adat hidup! Selepas derita muncul bahagia!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


HIDUP ini seperti roda, yang bahagia tidak selama-lamanya bahagia begitu juga derita, tidak selamanya derita itu menjadi 'sahabat' kita sampai masa keperitan itu menjauhi maka muncul pula bahagia yang dinanti-nantikan.

Begitu juga dengan selebriti media sosial, Intan Saleh yang sebelum ini pernah terpalit dengan kisah rumah tangga yang bergelora apabila dimadukan secara diam sebelum membuat keputusan untuk berpisah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan



Namun selepas hujan turun pasti pelangi muncul itu juga yang berlaku kepada Intan Saleh atau yang lebih selepas membahasakan dirinya Bonda.

Selepas penat menghadapi keperitan hidup bergelar ibu tunggal, dia kembali memegang status isteri pada hujung tahun 2021 lalu.

Kini sedang bahagia mengecapi kehidupan berumah tangga bersama dua lagi anak lelakinya, hasil perkahwinan pertama.

Terbaharu, sempena hari lahir suaminya, Intan menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada cinta hatinya, Aizam Yahya.

Wanita cekal yang kini berusia 37 tahun itu berkata, dia sendiri tidak percaya kenikmatan apa yang dilalui kini. Malah, tidak pula berniat untuk mendiamkan diri berhubung berita gembira tersebut.





Intan mengakui keputusan ujian kehamilan menunjukkan tanda positif namun belum berjumpa doktor bagi mengesahkan perihal itu

Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh menjelaskan dirinya belum berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada dirinya berbadan dua.

"Setelah dapat kepastian nanti, pasti saya akan kongsi kepada semua. Saya merancang untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian pada minggu hadapan. Sekiranya hamil, pasti saya akan berkongsi kepada semua, cuma buat masa ini masih samar-samar lagi.

“Malah, saya juga tidak pasti usia kandungan sekiranya benar hamil. Ramai juga yang menegur mengatakan pipi saya semakin berisi dan sebagainya. Mungkin juga kerana makan banyak selepas berkahwin,” katanya.



Menerusi perkongsian berdurasi hampir dua minit itu, menunjukkan suaminya meniup kek ulang tahun kelahiran kemudian disusuli membuka hadiah yang berupa alat ujian kehamilan yang diletakkan di dalam sebuah bekas.

Berita yang dikongsikan itu menjadikan ruangan komen video tersebut, dihujani dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik. 

Intan dan Aizam mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021 lalu yang diadakan secara meriah di sebuah premis acara di Jalan Ampang. - KitaReporters



14
10
0
11
0
You will be interested