AKTIVITI kebajikan yang giat dilaksanakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, mulai menjadi fenomena. Ketika ramai orang susah dan terputus bekalan makanan ketika penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta sempena Ramadan, semakin gigih Ustaz Ebit membuat kerja-kerja amal kebajikan. : KitaReporters
Di mana ada orang susah, Ustaz Ebit Lew akan menjejaki mereka untuk dibantu. Kegiatannya menjadi ikutan ramai. - Kredit foto: FB Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew dengan cara tersendiri mengendali kerja kebajikan dan menghebah dalam media sosial sehingga dikritik oleh beberapa individu yang tidak bersetuju dengan caranya.
Namun lebih ramai menyokong daripada menentang!!
Secara tidak langsung, semakin ramai sedar tanggungjawab membantu orang susah.
Tambahan pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini, masing-masing mahu mengambil peluang merebut ganjaran membuat amal kebajikan.
Walaupun dikritik dan dipanggil oleh polis untuk memberi kenyataan berikutan satu laporan baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew terus giat mencari orang susah, miskin dan asnaf untuk dibantu.
Namun jauh di sudut hati, pedihnya terasa jua apabila dikritik, sehingga mengalirkan air mata.
Penyiaran video pihak yang dibantu ditohmah sebagai riak atau menunjuk-nunjuk serta memalukan penerima sumbangan.
Ramai pengikut memberi sokongan kepada Ustaz Ebit, bukan setakat sokong melalui kata-kata, bahkan ada yang ikut bersama-sama beliau sebagai pasukan kerja, pemberi sumbangan.
Paling menarik ada yang terdorong untuk menubuhkan pasukan sendiri bagi melakukan kerja amal kebajikan mengikut cara Ustaz Ebit Lew.
Barang kerperluan bilik tidur antara yang disumbangkan. - Kredit foto: Facebook Ebit Lew
Kini kegiatan Ustaz Ebit Lew atau nama penuhnya Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew mulai menjadi fenomena!!
Ramai terinspirasi ingin menjadi sepertinya membuat amal kebajikan, walaupun tahu tidak akan dapat menandingi beliau yang mempunyai tersangat ramai pengikut dalam media sosialnya.
Ternyata pendedahan kegiatan Ustaz Ebit Lew melalui media sosial dan YouTube mempengaruhi orang ramai ke arah kebaikan.
Difahamkan ada individu yang telah memulakan kerja amal kebajikan membantu orang susah ikut cara Ustaz, bukan sahaja dalam kalangan individu Islam tetapi juga bukan Islam.
Kerana terkesan dengan semangat murni dan kesungguhan Ustaz Ebit Lew, seorang indvidu bukan Islam dikenali sebagai Apek Cina atau nama sebenar, Tai Zee How menjadikan Ustaz Ebit Lew sebagai idola.
Beliau mengakui kagum dengan kegigihan Ustaz Ebit Lew dan tersentuh dengan nasib orang susah yang dipaparkan.
Bukti aktiviti kebajikan Ustaz Ebit Lew turut membuka mata orang ramai termasuk bukan Islam terhadap kerja amal untuk semua bangsa.
Apek Cina juga adalah antara individu yang mempertahankan kegiatan Ustaz Ebit Lew dalam kes ustaz dikecam yang viral berikutan satu projek bantuan di Kedah beberapa minggu lalu.
Apek Cina kagum dengan pendekatan Ustaz Ebit dan kesedaran timbul apabila menonton video yang dimuatkan naik.
“Saya telah diinspirasikan oleh Ustaz Ebit Lew.
"Kalau Ustaz Ebit Lew tidak tunjuk video itu, hal berkenaan tidak sampai kepada saya dan saya pun tidak mungkin mula pergerakan seperti mana yang ustaz lakukan.
"Video itu menginspirasi saya dan individu lain untuk membuat perkara sama," ulasnya sambil memuji usaha Ustaz Ebit Lew membantu orang tidak bernasib baik di seluruh negara, dalam satu rakaman video.
"Yang dibantu, ada Melayu, ada Cina, India, warga asing dan beliau tidak semata-mata berdakwah kepada mereka. "Perangai Ustaz adalah tauladan daripada seorang Islam kepada orang bukan Islam," kata Apek Cina yang mengakui mengikut cara Ustaz Ebit Lew dalam kerja amalnya.
Tegasnya, beliau menyokong 100 peratus usaha Ustaz Ebit memberi bantuan kepada semua bangsa dan mencari orang yang benar-benar susah dan divideokan. kerana ia memberi inspirasi kepada orang sepertinya.
"Jadi jangan sekali-kali kecam usaha Ustaz Ebit Lew kerana dia mengajak orang ramai melakukan kebaikan.
"Saya telah memulakan pergerakan `Tanpa Jurang BPN`.
"Kenapa saya mulakan gerakan ini? Pertama dalam PKP dan Ramadan ada ramai orang susah, saya terinspirasi dengan amalan Ustaz Ebit Lew, dan mahu turut menolong," ulasnya.
Apek Cina Bersama Uncle Kentang, seorang lagi idolanya. - Kredit gambar: FB Ulasan Apek Cina
Pendapat beliau, "orang yang betul-betul miskin dan kelaparan, dia tidak kisah divideokan.
"Dia hanya nak anak-anak yang kelaparan dapat susu dan makanan, tunjuk gambar bukan nak menghina mereka tetapi untuk kita membantu sebanyak yang boleh," katanya yang bagaimanapun tidak ghairah memuat naik video gambar orang yang dibantu, mungkin untuk mengelak isu.
Menurutnya, dua individu idola beliau dalam bidang sukarela ialah Ustaz Ebit Lew dan Uncle Kentang.
"Saya telah mula bergerak dengan belajar daripada mereka. Kami salurkan bantuan terus kepada keluarga dalam kesusahan.
"Ini bukan badan amal atau NGO, ia gerakan supaya semua orang boleh jadi seperti Ustaz Ebit dan Uncle Kentang."
Sejak menjalankan kegiatan kebajikan dalam sebulan lalu, pengikutnya bertambah.
Terkini pengikutnya lebih 260,000 dalam Facebook berbanding 256 ,000 sebelum mengusahakan kerja amal.
Pujian daripada netizen - "....inilah contoh sebuah perpaduan tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama." Kredit foto - FB Ulasan Apek Cina.
"Baru bertambah 2,000 kerana saya seorang influencer yang baru memulakan program sukarela `Tampal Jurang BPN.` Sementara pengikut di YouTube 28,000.
"Mereka memberi tanda suka (like) kerana saya menyampaikan ulasan mengenai isu semasa, politik dan mengajar bahasa Cina.
"Berkait kerja amal, kini saya ada 138 penyumbang, 40 runner dan telah membantu 1,000 keluarga membabitkan 5,000 orang dalam masa tujuh hari lepas (sejak bermula)," ulas Apek Cina.
Dengan cara turut diuar-uarkan dalam media sosial, menggalak ramai penyumbang, sementara permohonan bantuan ditapis untuk mendapatkan senarai nama yang betul-betul memerlukan.
Petugas gerakan berusaha mengesan penyamar kerana sasaran adalah untuk mereka yang benar-benar susah, terutama yang keputusan makanan ketika dalam PKP dahulu. - KitaReporters
Sukarelawan hanya perlukan doa daripada penyumbang gerakan #TanpaJurangBPN - Apek Cina.
Lebih 1,000 keluarga dan 5,000 orang telah dibantu, Apek Cina memberi kata-kata penghargaan kepada penyumbang. - Kredit gambar: FB Ulasan Apek Cina