Insan & Komuniti 11 Mar, 2020

TERBAIK PM!! TABUNG BANTU MANGSA COVID-19

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
MENYEDARI pertambahan mangsa di negara kita yang disahkan positif penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19, kerajaan mengambil inisiatif dengan melancarkan Tabung COVID-19 bagi membantu rakyat yang dikuarantin serta yang kehilangan pekerjaan akibat wabak tersebut. : KitaReporter.Com

TABUNG COVID-19 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra, pada 11 Mac 2020.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media pada Rabu, 11 Mac 2020 berkata, tabung itu dilancarkan bukan sahaja untuk membantu kerajaan, tetapi juga bagi membantu rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Kerajaan sedikit sebanyak akan memberikan bantuan kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan kerana terpaksa dikuarantin. 

“Bantuan yang dipersetujui pada peringkat awal adalah sebanyak RM1 juta, 

“Hasil kutipan dana daripada rakyat akan diberi kepada pihak-pihak yang memerlukan,” jelasnya.

Pada Selasa, 10 Mac 2020, pejabat Perdana Menteri mengesahkan 12 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kepada 129 kes.

Kes-kes positif berkenaan adalah daripada kalangan pesakit dalam pemantauan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Pihak kerajaan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan mempunyai langkah-langkah bagi menangani situasi ini sekiranya kejadian COVID-19 di Malaysia menjadi lebih serius. 


Pada masa sama, kerajaan akan terus mempertingkatkan kapasiti sedia ada di pelbagai Kementerian dan agensi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan situasi kejadian COVID-19 yang lebih meruncing 

Ini termasuk meningkatkan aspek sumber manusia, kemudahan makmal, klinik kesihatan dan hospital bagi merawat kes COVID-19. 

Dalam masa sama, pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital khusus untuk merawat kes COVID-19

Terkini, KKM juga menjalin kerjasama dengan pihak swasta bagi menangani situasi COVID-19 ini. 

Virus yang bermula dari Wuhan, China sejak Disember 2019 telah mengorbankan ribuan mangsa di seluruh dunia. KitaReporter.Com

Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus

21
6
0
0
0
You will be interested