Insan & Komuniti 27 May, 2020

Nak haramkan arak! Haramkan juga sekolah tahfiz -Siti Kassim

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Peguam yang terkenal dengan kelantangannya bersuara, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim menyelar cadangan parti Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. : KitaReporters


Menurut Siti Kassim menerusi laman sosialnya, dia menganggap peningkatan kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk bukanlah disebabkan minuman keras tersebut tetapi sikap individu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. 

"Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” tulisnya dalam Facebook.


Selain itu, Siti Kassim turut menegaskan Pas tidak seharusnya menghalang orang lain untuk meminum arak hanya kerana mereka tidak menyukainya.

“Kamu tidak boleh memaksa orang lain untuk akur dengan kehendak moral dan kepercayaan kamu. 

"Hanya kerana kamu tidak menyukainya, jangan halang orang lain untuk menikmatinya,” tegasnya lagi.

Sejak akhir-akhir ini, kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi. 

Terbaharu, seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan untuk bertugas syif malam di Jalan Pintasan Kuantan, Pahang pada hari raya kedua (Isnin, 25 Mei 2020) lalu. 

Mangsa dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus.

Kemalangan maut di Jalan Pintasan Kuantan ini pada 25 Mei 2020 disebabkan oleh pemandu yang dipercayai mabuk dan memandu melawan arus.


Ramai nyawa yang tidak bersalah melayang begitu sahaja angkara pemandu mabuk sedangkan mereka terlepas begitu sahaja.

Justeru, ramai pihak mahu kerajaan menggubal kembali undang-undang minuman keras agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan. - KitaReporters

1
0
1
1
14
You will be interested