Insan & Komuniti 06 Jun, 2022

Kemunculan si Wiranita Thor! Tumpaskan Mera dari Aquaman! Jadikan si lanun dari Caribbean hero!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Camille digambarkan sebagai Wiranita Thor yang bongkar penipuan Heard untuk musnahkan kerjaya si lanun dari Caribbean.


PEREMPUAN semua betul kecuali Amber Heard. Ibarat buku bertemu ruas, itulah nasib pelakon dan model Amber Heard yang kalah dalam kes saman malu oleh bekas suaminya, Johnny Depp apabila semua tembelang dan tipu dayanya, dibongkar oleh seorang peguam muda bernama Camille Vasquez.

Keputusan itu sekali gus mengangkat Depp sebagai wira mangsa keganasan rumah tangga bila kes kemenangannya diumumkan di Mahkamah Fairfax County, Virginia, Amerika Syarikat pada 2 Jun 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Johnny Depp


Bukan setakat tuduhan palsu, sebaliknya aib Heard dibongkar habis-habisan bila video hubungan sulitnya dengan tokoh bilioner kelahiran Pretoria, Afrika Selatan, Elon Musk yang juga pengasas Tesla dan SpaceX dan James Franco, pasangan yang pernah berlakon bersamanya ditayangkan di mahkamah.

Beberapa akhbar termasuk Entertainment News, Daily.uk.com dan YouTube, melaporkan tindakan Heard cuba membuat 'prank' untuk menyindir Depp dengan meninggalkan sisa buangan manusia yang kemudian dikatakan najis anjingnya di atas katil tidur mereka dibentangkan di mahkamah sebagai satu perbuatan menjijikan.



Heard juga dikatakan melempang bekas suaminya selepas mereka bertengkar.

Sadik sekali apabila aktres itu melemparkan botol arak dan mencederakan jari Depp. Ini berlaku ketika di Australia yang menyebabkan jadual  penggambaran filem Pirates of Caribbean itu terbantut.

Selain itu ada video menunjukkan muka Johnny cedera selepas dia berbulan madu di Malaysia. Malah muka Musk turut dipaparkan ada lebam sebagaimana dialami Depp sebelum itu. 


Gambar bawah mata Depp yang lebam ketika saat bulan madunya. Kredit gambar: Mega.


Heard dikatakan menggunakan aksi sendiri ketika melakukan adegan lasak dalam filem Aquaman. Dia dilaporkan bakal berlakon dengan Aquaman 2.  Filem itu dijangka ditayangkan pada 2023 . Filem Aquaman pertama pada 2018 membuat kutipan pecah panggung dengan RM4.39 billion (AS$1 bilion). . 

Bagaimanapun sebaik kes itu dibicarakan, punggutan suara dilakukan dan sehingga kini dikatakan mendapat lebih 3 juta petisen ditandatangani supaya wanita itu tidak disenaraikan lagi sebagai Mera.

Heard juga dikatakan bermalam dengan pelakon Franco, sehari sebelum menfaikan penceraian dengan Depp. Manakala dengan Musk, Heard bertegang leher di mahkamah untuk mendapatkan embrio milik lelaki itu yang kemudian disenyawakan menggunakan ibu tumpang dan mendapat anak dinamakan, Onagh Paige Heard.


 


Heard dilahirkan di Austin, Texas anak pasangan David Heard dan Paige Parsons mencipta nama sebagai pelakon pada 2008 menerusi filem Pineapple Express, Never Back Down, Boys Love Mandy Lane, Drive Angry, The Rum Diary, Magic Mike XXL dan London Fields. 

Dia  berkahwin dengan  Depp yang berlakon dengannya dalam filem The Rum Diary pada 2015 dan setahun kemudian menfailkan cerai. 

Hasil perceraian, Heard menerima pampasan RM30.7 juta (AS$7j) sebagai ganti rugi perceraian. Heard juga tidak menunaikan janji untuk sedekahkan semua wang itu kepada badan kebajikan.



Camille (gambar) yang dipilih sembilan peguam yang mewakili Depp yang kemudian muncul sebagai 'bintang' segera di tengah-tengah keriuhan perbicaraan kes berkenaan yang berlangsung selama tujuh minggu. 

Hasilnya Heard dikehendaki membayar Depp RM65 juta (AS$15j) serta tambahan RM350,00 (AS$1.5j) yang keseluruhan bernilai RM42 juta (AS$10.4j). Kes saman sebenar berjumlah RM219 juta (AS$50j).

Sebagai wanita jelita dan terpelajar, Camille sangat bijak mengatur strategi membentangkan kes 'perang di bilik tidur' Heard-Depp dengan dia sendiri beraksi sebagai 'pelakon', memaparkan aksi 'bermain cinta' secara terbuka dengan Depp di ruang pengadilan. 

Berpelukan, memegang tangan, berbisik secara romantik di telinga dan senyuman manja yang sebenarnya dilihat oleh penganalisis sebagai cara 'meruntuhkan' semangat Heard. Malah ada peminat yang mula mahu pasangan itu bercinta.


Kita menang. Camille memeluk Depp. - Kredit gambar: AFP


Bagaimanapun apabila diajukan soalan itu pada Camille, dia hanya tersenyum sambil membelaikan rambutnya ke belakang. Ada khabar angin peguam muda itu sedang berkasihan dengan seorang ejen hartanah.

Camille adalah peguam bersekutu di Brown Rudnick LLP dan pernah berkhidmat di Manatt, Phelp & Philips LLP.

Bekas lulusan Southwestern Law School dan siswazah Universiti of Southern California. Dia juga terkenal sebagai usahawan dan influncer (pempengaruh) media.

Ibu bapanya, Leonel dan Marilia Vasquez dan dia mempunyai seorang adik, Shari K Vasquez. Camille dilaporkan oleh wikipedia memiliki kekayaan dianggarkan RM43.3 juta (AS$10j). - KitaReporters


Camille dengan pasangan Edward Owen meninggalkan hotel di Virginia selepas selesai kes dibicarakan di Mahkamah Fairfax County. - Kredit gambar: Splashnews.com 

14
12
0
15
0
You will be interested