Insan & Komuniti 04 Nov, 2021

Video| Meninggal sebaik pertanyaannya dijawab! Bolehkah berjumpa Rasulullah SAW setelah mati?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Tubuh Hamdan terkulai ketika mendengar jawapan penceramah. - Kredit foto: Dari FB Robby Darwis.

SEORANG jemaah masjid bernama Hamdan Abdat meninggal dunia di Masjid Annur Cilendek, Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu, 30 Oktober 2021.

Kejadian Hamdan meninggal dunia pada hari itu dianggap sebagai unik.

Dia menghembuskan nafas terakhir setelah bertanya kepada penceramah apakah boleh bertemu Rasulullah SAW setelah meninggal dunia.

Lagi cerita-cerita hebat berkaitan kematian husnul khatimah

Kredit foto: Video SerambiOnTV


Peristiwa ini terjadi ketika Hamdan melakukan pengajian rutin dan ketika itu, Timbalan Ketua Dewan Pertimbangan Majlis Ulama Islam (MUI) Pusat, KH (Kiyai Haji) Muhyiddin Junaidi menjadi penceramah.

Hamdan sempat bertanya soalan kepada si penceramah, apakah orang Islam yang meninggal boleh berjumpa Rasulullah SAW. Si penceramah terus menjawab pertanyaannya. 

Tidak lama selepas itu, Hamdan tiba-tiba lemah dan duduk bersandar pada dinding masjid lalu tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia.


Jenazah Hamdan disemadi pada petang Sabtu, 30 Oktober 2021. - Kredit foto: Suara.com

Detik-detik Hamdan meninggal itu dirakam dalam akaun FaceBook Robby Darwis.

"Allahyarham meninggal di Masjid Annur Cilendek setelah selesai pengajian rutin Sabtu pagi oleh Ustaz Muhyiddin Junaidi (MUI pusat)," tulis akaun Robby Darwis kepada terkini.id pada Ahad, 31 Oktober 2021.

Jenazah Hamdan dikebumikan pada sebelah petangnya dan diiringi ramai jemaah masjid dan berharap lelaki ini akan mendapat husnul khatimah. - KitaReporters


11
9
0
13
0
You will be interested