Kisah Insan 17 Sep, 2020

Fedtri Yahya eksiden! Selepas video berbasikal di lebuh raya

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

PENGACARA dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya, 39, telah disahkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi, 16 September 2020. Dia telah selesai menjalani pembedahan di Pusat Perubatan KPJ, Damansara, Kuala Lumpur dan kini dalam keadaan baik. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan basikal:

https://kitareporters.com/search?search=basikal


Menerusi instagram dan laman Twitter miliknya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai agar dapat mendoakan keadaan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. “Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” ujarnya yang menggunakan laman media sosial milik Fedtri.

Fedtri menjalani pembedahan dan rawatan dari Pusat Perubatan KPJ di Damansara, Kuala Lumpur.


Sebelum ini artis tersebut mencetuskan sedikit kontroversi apabila memuat naik video dalam laman media sosialnya yang menyaksikan sekumpulan pengayuh basikal sedang berbasikal di lebuh raya persekutuan. 

Ini bertentangan dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berbasikal di jalan raya utama, termasuklah lebuh raya.


Bagaimanapun, Fedtri telah bertindak memadamkan video berkenaan dalam laman media sosialnya.

Semoga Fedtri akan kembali sembuh seperti sedia kala. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat beliau. - KitaReporters

5
4
13
0
0
You will be interested

Semuanya kerana wang! Wanita mengaku terlantar lumpuh! Terima lebih RM3.25j sejak 13 tahun menipu!

Frances Noble di Hertfordshire, London sanggup mengaku dirinya lumpuh dan terlantar untuk dapat peruntukan kewangan yang disediakan bagi individu yang tak sihat

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

Video| Tragis! Bayi perempuan maut digigit ibu kandung sendiri! Dipercayai alami gangguan mental!

Bayi perempuan usia 3 bulan meninggal akibat digigit ibu kandung di Desa Rasabou, Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Wanita itu dipercayai alami gangguan mental
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 1 day ago

Tolong kami! Bantu Bob Lokman! Rayu bantu biayai rawatan! Andai pergi dahulu, nanti maafkannya!

Saya hanya berserah pada Tuhan sahaja. Usaha apa yang patut. Itulah andai saya pergi dahulu nanti maafkan saya. Saya pun tak tahu berapa lama lagi - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 2 days ago

Video| Doakan semoga segera sembuh! Emak patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk! - Anak

Emak cedera parah dengan patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk. Sudah sedarkan diri tetapi masih dalam pemantuan di Hospital Pulau Pinang - Yaya Gani
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 3 days ago

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

Semenjak Syamsul Yusof terlibat dalam pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 3 days ago