Kisah Insan 20 Sep, 2020

Elvy Sukaesih kena Covid-19! Alhamdulillah dah mula sembuh!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malayisia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga berugas dengan beberapa media lain

Share this
Ratu Dangdut Indonesia, Elvy Sukaesih, 69, diberitakan dijangkiti virus wabak Covid-19 sejak 17 Ogos 2020 lalu, bagaimanapun kesihatan beliau diberitahu sudah kembali sihat dan dalam keadaan baik. Semoga Elvy terus sembuh dan kekal walafiat. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita dari COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Perkara itu diumumkan oleh anak perempuannya, Fitria Sukaesih dalam laman Instagramnya @fitriasukaesih.

"Lewat video ini, saya dan keluarga menyampaikan berita yang innalillahi, Umi (Elvy Sukaesih) dinyatakan terinfeksi virus covid-19 sejak 17 Ogos  2020," kata Fitria Sukaesih dalam video yang dimuat naik dalam Instagrmnya pada Sabtu, 19 September 2020.

"Ketika ini Umi berada di rumah menjalani isolasi sendiri selama 14 hari. Umi sudah 11 hari menjalankan isolasi sendiri," tambahnya.

Elvis Sukaesih mula merakam album sejak 1964. Kredit  foto: IG @ elvis_sukaesih



Fitria mengatakan, Elvy menjalani rawatan intensif di Hospital Pondok Indah Bintaro, Tangerang Selatan selama 19 hari setelah dinyatakan positif terkena jangkitan virus Covid-19.

Fitria yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu menceritakan bahawa pada mulanya Elvy berasa tidak sedap  badan dan dia menduga mulanya terkena demam kepialu.


"Kerana pada mulanya anak saya sakit dan dinyatakan kena demam kepialu. Kemudian, saya lihat Umi (Elvy) seperti terkena demam kepialu," katanya dalam postingan Instagramnya. Namun, lama kelamaan, keadaan  Elvy semakin teruk. Dia mengalami mual, demam dan kehilangan deria ciuman bau.

"Saya jangka Umi (Elvy) kena Covid-19 kerana ada gejalanya dan tidak boleh mencium bau. Tapi Umi membantah katanya pernah seperti itu. Akhirnya saya ajak Umi ke hospital untuk diperiksa," jelasnya.

"Kemudian Umi diambil darah pada 17 Ogos  2020. Doktor mengesahkan Umi terkena Covid-19,” kata Fitria.

Fitria kemudian membawa Elvy menjalani ujian swab untuk Covid-19 di sebuah hospital dan setelah dua hari keputusannya keluar positif Covid-19.

Pihak keluarga menjadi panik dan terus membawa Elvy ke hospital untuk mendapatkan rawatan intensif. Keluarga panik kerana Elvy selama ini mengikut saranan kerajaan untuk sentiasa berada di rumah saja.

Tetapi ada laporan yang menyebut, Elvy telah sempat mengadakan promosi album terbaharunya di beberapa stesen radio. 

Gandingan Raja dan Ratu Dangdut Indonesia, Rhoma Irama dan Elvy Sukaesih. Kredit foto: IG elvy_sukaesih


"Umi (Elvy) akhirnya tidur nyenyak. Tapi saya, suami,  adik saya sangat panik kerana usia Umi sudah tua," katanya. Bagi menjaga kesihatan Elvy kembali pulih, keluarga mendapatkan konsultasi doktor.

Fitria mengatakan Elvy Sukaesih sudah berada di rumah dan menjalani pengasingan (isolasi) sendiri selama 14 hari.

Sejauh ini Elvy sudah menjalani isolasi sendiri  selama 11 hari (Sabtu).

"Insya-Allah tiga hari lagi boleh berkumpul bersama keluarga. Nanti Umi akan menceritakan pengalamannya terjangkit virus Covid-19," kata Fitria Sukaesih.

Jika Rhoma Irama dianggap sebagai Raja Dangdut Indonesia, gelaran Ratu Dangdut Indonesia diberi kepada Elvy Sukaesih atau nama sebenarnya Else Sukaesih yang lahir pada 25 Jun 1951. 

Elvy mula bergiat dalam rakaman album sejak 1964 dengan mempunyai puluhan album yang dinyanyikan dan filem yang dibintanginya. - KitaReporters

‘Klarifikasi Kesehatan Umiii..💕 Elvy Tercinta, AlhαmduliLLAH❤️ saat Umiii..💕 dαη Ƙeluαrgα sudah Sehat kembali ... Ƭërimα Kαsih untuk Do’α dαη Perhatian semua ηyα ... Semogα Kedepan Qtα semuα semakin Sehαt Afiαt dalam Lindungan dan Rahmat ALLAH SWT... dan Semoga Pandemi Covid 19 ini dapat segera Berlalu dari Muka Bumi... Yα ROBB .. Hanya Kepada MU♡ kami Memohon Pertolongan dαη Pengabulan Do’α .. Aαmiiiη Yαα ROBBAL ALAMIIN♡🤲🏻❤️ℳohoη Mααf Lαhir dαη Bαthiη .. Sαlαm sαyαηg dαη Ðöα biddo’α selαlu .. ♡BαrαkαLLAHu ŦiiǨum˚🤲🏻💖💕

You will be interested

Laporan polis! Doktor sebabkan bayi lahir kepala terputus?

Seorang ibu, sepatutnya lakukan caesarean, bersalin secara normal di sebuah hospital di Brazil. Akibatnya kepala bayi terputus semasa ditarik keluar oleh doktor

Khabib bersara! Petua Khabib menang 29 kali adalah ayahnya!

Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah. Saya berjanji dengan ibu dan saya perlu tunaikan, hari ini pertarungan terakhir saya dalam UFC - Khabib Nurmagomedov
Sarfarizmal Saad in Kisah Insan 13 hours ago

Pasal hutang beli online game je! Budak bunuh rakan sendiri!

Kerana sakit hati dan marah kepada rakannya yang tak membayar hutang untuk membeli online game, seorang kanak-kanak berusia 16 tahun tergamak membunuh rakannya
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 19 hours ago

Pesara askar rayu bantuan JKM! Anaknya OKU hidup terlantar!

Pesara tentera, Arrifin Mat Lazim rayu JKM agar bantuan untuk anaknya seorang OKU yang hidup terlantar dan tidak dapat bergerak atau berjalan disambung semula
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Bantuan tiba! Untuk berkeperluan di Taman Negara Kuala Tahan

Sumbangan barangan keperluan dapur oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan kepada seramai 400 penduduk Taman Negara Kuala Tahan
Haris Fadilah Ahmad in Kisah Insan 1 day ago