Insan & Komuniti 12 Nov, 2020

Jenita Janet tamatkan zaman janda! Kahwin dengan Danu Sofwan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SALAH seorang penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Jenita Janet, 33, menamatkan zaman jandanya apabila selamat menjadi isteri kepada Danu Sofwan pada Rabu, 11 November 2020. Jenita Janet menerima mas kahwin sebanyak Rp1,111,000 dan 20 gram emas asli iaitu sempena tarikh perkahwinan. : KitaReporters


Jenita janet dan Danu Sofwan memperlihatkan sijil perkahwinan mereka. - Kredit foto: Tribune seleb.


Lagi kisah-kisah berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Akad nikah Janet atau nama sebenarnya Jeni Juliana dan Danu, seorang usahawan bidang makanan, berlangsung  di tempat terbuka di Green Forest Resort, Bandung, Jawa Barat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan yang ketat dan tertutup buat media.

Namun sejumlah petugas media tetap membuat liputan dengan hanya dapat mengambil gambar beberapa meter daripada tempat majlis berlangsung.



Menurut laporan Suara.com, dari kejauhan tetap terdengar lantunan lagu adat Sunda. Terdengar juga suara juruacara menyambut tetamu undangan menggunakan bahasa Indonesia dan bahasa Sunda.

Suara Jenita Janet meminta maaf pada orang tuanya juga terdengar jelas. Janet tersekat-sekat mengucapkan permintaan maaf kepada ayahnya dan akhirnya menangis.

Majlis akad nikah hanya dihadiri beberapa puluh tetamu dan saudara mara.



Menurut petugas daripada Perancang Perkahwinan, Jenita Janet sendiri yang meminta agar tidak ada pengambilan gambar daripada pihak media.

Sementara itu, suasana pernikahan Jenita Janet dan Danu Sofwan didominasi warna putih. Terdapat sejumlah  karangan bunga ucapan selamat daripada beberapa rakan artis dan pihak berkaitan.

Walaupun media tidak dibenar membuat liputan, namun Jenita Janet dan Danu Sofwan tetap melayan pihak media dengan baik dengan memberi media mengambil gambar mereka selepas majlis akad nikah dan mengada sidang media.

Pada sebelah malamnya, pasangan pengantin ini mengadakan majlis resepsi yang dapat ditonton melalui saluran Beepdo dalam YouTube. Dalam majlis resepsi itu, Danu turut mendendang sebuah lagu sambil memetik gitar dan dibalas dengan ucapan Jenita Janet.


Suasana majlis akad nikah yang berlangsung dalam keadaan mendung yang dirakam secara curi oleh suara.com

Suasana kemesraan Jenita Janet dan Danu sebelum majlis pernikahan. Dari IG Jenita Janet


Jenita Janet gembira majlis berjalan lancar walaupun pada mula berasa bimbang kerana cuaca mendung. Namun dia bersyukur kerana sebahagian besar keluarga  dapat hadir terutama ayahnya.

Dalam merestukan pernikahan itu si ayah, Jeje Zaenal Abidin berharap ia merupakan perkahwinan terakhir Jenita Janet. 

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Jenita Janet. Perkahwinan pertamanya dengan Alif Hedy Nurmaulid yang juga bekas pengurusnya, berakhir di Mahkamah Syariah Tangerang pada 14 Mac 2020 setelah hampir 10 tahun berkahwin tanpa anak.

Melalui perkahwinan terbaharu ini Jenita Janet berharap memperoleh cahaya mata. - KitaReporters

Jenita Janet dan Danu mengadakan sidang media selepas majlis akad nikah


Danu mendendang lagu romantis sambil memetik gitar dan diberi ucapan romantis oleh Jenita Janet di majlis resepsi. - kredit video: Beepdo

1
0
0
0
0
You will be interested