Insan & Komuniti 24 Mar, 2022

Video| Terima kasih cikgu! Sekumpulan pelajar kunjung 'rumah baharu' guru! Tamat peperiksaan SPM!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


TUGAS seorang guru sangat mulia, walaupun garang di dalam kelas, niatnya hanya satu untuk menyampaikan ilmu. Malah hubungan seorang cikgu dan pelajar tidak akan putus...

Biarlah sudah tamat sesi persekolahan namun hubungan itu tetap berterusan. Bukan itu sahaja, gelaran cikgu itu juga tetap dipanggil sampai bila-bila.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan seorang cikgu




Jasa seorang cikgu mengajar anak didik pasti dikenang sampai bila-bila, begitulah mulianya seorang insan bergelar cikgu!

Terbaharu tular dalam media sosial, sekumpulan pelajar yang baru tamat menduduki peperiksaan SPM mengunjungi 'rumah baharu' cikgu kesayangan mereka sebagai tanda ucapan terima kasih.

Biarpun cikgu kesayangan mereka sudah tiada lagi di alam fana ini, namun jasa cikgu yang memberikan ilmu tidak akan dilupakan.

Kunjungan mereka ke tanah pusara berkenaan dibuat sebagai tanda meraikan tamat peperiksaan kertas terakhir peperiksaan berkenaan dan tanda terima kasih mereka di atas keihlasan cikgu mengajar mereka suatu ketika dahulu.

Perkongsian syahdu berkenaan dimuat naik oleh @azeemiskndr menerusi Tiktoknya kelihatan dia bersama sekumpulan rakan-rakan yang menunggang motosikal berkonvoi ke pusara guru berkenaan. 

Kunjungan yang disertai kira-kira 20 pelajar itu yang berkonvoi selepas peperiksaan akhir tamat, baru-baru ini.



Bagaimanapun lokasi tanah perkuburan berkenaan tidak didedahkan.

“Kami terus ziarah rumah baru cikgu sebaik sahaja selesai kertas akhir,” kapsyen @azeemiskndr dalam muat naik videonya.

malah anak-anak didiknya itu turut mendoakan kesejahteraan cikgu kesayangan mereka semoga berada dalam keadaan tenang di kampung abadinya.

Cikgu kesayangan mereka yang dikenali Cikgu Normala  yang mengajar mata pelajaran sains, di Sekolah Menengah Seri Tasik, Cheras dipercayai meninggal dunia pada 25 Februari 2022 lalu.



Sepanjang hayat cikgu berkenaan, beliau dikenali sebagai seorang guru yang baik dan mempunyai hubungan baik dengan anak-anak didik.

Kini terbukti biarpun jasadnya sudah tiada di atas bumi namun kebaikan yang dibuat masih diingati anak-anak didik. Malah difahamkan pada hari kematian, ramai anak didiknya yang memberi penghormatan terakhir kepadanya dengan mengiringi ke tanah pusara.

Keputusan mereka untuk mengucapkan terima kasih kepada arwah cikgunya dengan menziarahi pusaranya dilihat sebagai sikap terpuji dan mampu memberi inspirasi kepada orang orang lain.

Semoga kalian semua diberikan kejayaan dan Cikgu Normala tenang di alam sana. - KitaReporters



11
10
3
14
0
You will be interested