Insan & Komuniti 18 Jun, 2021

Video| Kerana nak belajar, pelajar sanggup bergayut untuk seberang sungai! Guna bakul terbang!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Budak lelaki membantu menolak bakul terbang untuk bergerak bagi menyeberangi sungai. - Kredit foto: Tribun Riau


Perjalanan ke sekolah untuk belajar ada masanya menjadi penghalang besar bagi sesetengah pelajar terutama yang tinggal di kawasan perkampungan dan pedalaman. Ini kerana prasarana pengangkutan amat terbatas atau jalan dan jambatan yang sesuai masih tidak disediakan. 

Justeru tularnya sebuah video dalam beberapa media sosial dan disiarkan semula oleh beberapa media utama mempunyai kesan besar bagi memastikan perubahan segera dilakukan terhadap masalah berkenaan.


Budak perempuan memegang bakul terbang untuk menyeberangi sungai. - Kredit foto: Tribun Riau.

Sanggup bergantungan untuk menyeberang sungai bagi ke sekolah. - Kredit foto: Tribun Riau.

Kes yang berlaku di Desa Kuntu, Kecamatan (mukim) Kampar Kiri, Kabupaten (daerah) Kampar di Riau ini adalah antara contoh sukarnya perjalanan ke sekolah bagi daerah-daerah lain di Indonesia.

Dalam video itu kelihatan tiga budak sekolah - seorang lelaki dan dua perempuan - menyeberangi sungai dengan bergayut pada  sebuah bakul terbang dibuat daripada rotan yang diguna untuk mengangkut buah sawit atau barangan keperluan makanan

Bakul itu diikat pada tali. Ia seperti aktiviti lasak flying fox.

Mereka menarik bakul ke atas tempat yang lebih tinggi sebelum berlari sambil menolak dengan kuat bakul berkenaan untuk dibawa ke seberang sungai yang jaraknya sejauh kira-kira 60 meter. 

Ekoran penularan video tersebut, Bupati (Pegawai Daerah) Kampar, Catur Sugeng Susanto, pada Jumaat, 11 Jun 2021 lalu telah melihat sendiri tempat lokasi video itu dirakam. 



Difahamkan perkara itu dilakukan setiap kali untuk pergi dan pulang dari sekolah. Dan perkara tersebut turut dilakukan oleh pelajar-pelajar lain di kampung itu.

Ada ketikanya mereka terpaksa menunggu giliran untuk menaiki bakul itu secara berkumpulan.

Bakul terbang itu turut diguna penduduk kampung untuk menyeberang dan membawa barang keperluan.


Bupati Kampar, Catur Sugeng melawat lokasi tiga budak sekolah rendah naik bakul gantung. - Kredit foto: Detik.com

Oleh kerana kampung itu tidak mempunyai ramai penduduk, menurut Bupati, pihak berkuasa tempatan akan membina jambatan gantung dalam masa terdekat.

Sementara bagi jangka panjang, sebuah jambatan akan dibina bagi membolehkan kenderaan roda empat melaluinya bagi membantu pembangunan kampung itu.

Diharap masalah para pelajar dan orang kampung dapat diselesai tidak lama lagi. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested