Insan & Komuniti 12 Jun, 2021

Video| Bernikah kali ke-37! Disaksikan 28 isteri, 135 anak, 126 cucu! Isteri sebaya cucunya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pengantin wanita bagaikan cucu kepada pengantin lelaki. - Kredit foto: dnaIndia.com

Dalam dunia moden abad ke-21, masih ada manusia yang punya keinginan berkahwin banyak walaupun diri semakin menua. 

Sebuah perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini mungkin mencatat sejarah tersendiri.

Ia merupakan perkahwinan ke-37 seorang lelaki dengan 28 isterinya masih hidup yang dilaporkan tinggal bersama. Apa yang mengejutkan, perkahwinan kali ke-37 ini turut disaksikan oleh kesemua 28 isteri, 135 anak dan 126 cucu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berkahwin banyak



Video selama 45 saat perkahwinan ini dimuat naik dalam Twitter @Rupin Sharma IPS dengan tajuk, ‘ "Lelaki paling berani..... HIDUP. Pernikahan ke-37 di depan 28 isteri, 135 anak, dan 126 cucu."

Video perkahwinan ini tular dan jadi bualan hangat dalam media sosial. Berita ini kemudian dimuat dalam beberapa media seperti timesnownews.com. india.com dan dnaIndia.com.

Dalam video, kelihatan pengantin wanitanya jauh lebih muda, layak cucu si pengantin lelaki. Majlis berlansung dalam suasana meriah diserikan oleh isteri-isteri, anak-anak dan cucu-cucunya.



Bagaimanapun pemilik Twitter hanya menyatakan majlis berlangsung di salah sebuah negara Arab.

Dia tidak menyatakan lain-lain maklumat seperti tarikh dan di mana acara berlangsung. Juga tidak disebut nama pengantin dan usia.

Bagaimanapun ramai pengikut Twitter itu berasa hairan dengan kehebatan lelaki itu dan bagaimana dia menguruskan kehidupan keluarga yang tinggal serumah.

Namun majlis perkahwinan ini melanggar protokol kesihatan. Para hadirin termasuk pengantin tidak memakai penutup muka dan majlis bersesakan tanpa penjarakan sosial. - KitaReporters


0
1
3
0
1
You will be interested