Insan & Komuniti 11 Oct, 2020

Ampun tuanku! Pemangku Raja Pahang raja cakna warga emas!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

JAUH di sudut hati Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meminggirkan rakyat jelatanya. Sebaliknya baginda merupakan anakanda kepada Yang DiPertua Agong itu sentiasa bersikap prihatin untuk terus mendampingi rakyat setiap masa tanpa mengira umur, darjat, agama dan bangsa. : KItaReporters

Pemangku Raja Pahang memberi sumbangan kepada Yap Soo Woon di Kampung Kubang Buaya, Kuantan, Pahang


Lagi cerita-cerita berkaitan Pahang:

https://kitareporters.com/search?search=pahang


Baru-baru ini, pada 18 September 2020 lalu, selepas solat Jumaat Pemangku Raja Pahang bersama rombongannya telah menziarahi dua warga emas yang berkeperluan di Kampung Kubang Buaya, Kuantan, Pahang


Pemangku Raja Pahang bersama P. Kamila (kanan) di Kampung Kubang Buaya, Kuantan.


Mereka ialah Yap Soo Woon, 87, serta P. Kamala, 71, yang boleh menerima keberangkatan baginda untuk bertemu kedua-dua warga emas yang tidak disangkakan itu, meskipun dalam masa ziarah kasih yang singkat.

Selain memberi sumbangan berupa barangan makanan dan sedikit wang kepada warga emas terbabit, baginda juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penduduk di kawasan itu.

Pemangku Raja Pahang memberi sedikit wang sumbangannya kepada seorang penduduk di Kampung Kubang Buaya, Kuantan.


Sementara itu, Yap Soo Woon yang hidup sebatang kara ketika ditemui berkata pada awalnya beliau tidak menyangka Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sanggup datang melawatnya apatah lagi dia seorang warga emas yang daif dan berbangsa lain.

Ketika ini, beliau hidup terlantar kerana tidak mampu bergerak seperti dulu lagi akibat menghidapi penyakit tulang belakang.

P.KAMILA bersama Pemangku Raja Pahang. 


``Saya tidak tahu untuk bercakap apa-apa tetapi di hati saya memang gembira kerana Pemangku Raja Pahang sanggup datang di sini  dan menziarahi orang tua yang hidup tidak seperti orang lain.

``Kalaulah sikap baginda sebegitu memang bagus kerana baginda tidak mengira bangsa serta agama semuanya adalah rakyat baginda,'' ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan kesangsaraan kehidupan Yap Soo Woon bersendirian turut dikongsikan bersama seorang jirannya, P. Kamila walaupun mereka berlainan agama serta bangsa.

P. Kamila yang sudah mengenali Yap Soo Woon telah dianggap sebagai abangnya selama lebih 20 tahun juga sering menguruskan makan minum warga emas itu setakat yang termampu. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested