Kisah Insan 30 Sep, 2020

Kerbau mati! Mowgli Malaysia @ Muhammad Syukur masih bingung

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

“ALHAMDULLILAH syukur jika ada pihak sedia memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga kami yang mengalami kerugian teruk akibat berpuluh-puluh kerbau mati,” kata penternak kerbau, Muhammad Syukur Khamis, 15, dari Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu. Muhammad Syukur lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia'. : KitaReporters

Muhammad Syukur memeriksa salah seekor kerbau ternakan yang ditemui mati mengejut


Lagi cerita-cerita berkaitan kerbau:

https://kitareporters.com/search?search=kerbau


Sehingga hari ini, Muhammad Syukur masih kebingungan apabila mengenangkan nasib 57 ternakan kerbaunya mati mengejut kerana diserang penyakit Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah sejak 9 September 2020. 

Kejadian yang diluar jangkaan itu menyebabkan keluarganya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila separuh daripada 110 kerbau kelurga Muhammad Syukur mati mengejut.

Bapanya, Khamis Jusoh, 64, berkata dia amat mengharapkan bantuan selepas separuh ternakannya mati diserang penyakit HS terbabit.

Penternak kerbau Khamis Jusoh


Katanya, ini adalah kali pertama dia mengalami kerugian besar sepanjang terbabit dalam bidang penternakan itu.

"Bukan sahaja menanggung kos kematian mengejut ternakan itu, tetapi turut berhabis wang simpanan untuk menguruskan semua bangkai ternakan,” katanya.

Beliau berkata, maklumlah semua ternakan mati perlu ditanam segera menggunakan kemudahan jengkaut yang perlu disewa, setiap hari. 

Katanya, dia amat berharap menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban ditanggungnya. 

Khamis bersama anaknya Muhammad Syukur memeriksa saki baki kerbau yang masih selamat


Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman dilaporkan  berkata, pihaknya akan mengenal pasti bantuan bersesuaian yang boleh disalurkan kepada keluarga Muhammad Syukur.

Beliau  akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim bagi menentukan bantuan yang boleh diberikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman (kanan) melihat kerbau milik Khamis yang masih selamat

 

Muhammad Syukur atau terkenal dengan jolokan Mowgli Malayisia kerana mampu berjinak-jinak daan beraksi dengan kerbau


"Kita ada Tabung Bencana yang boleh digunakan untuk membantu keluarga Muhammad Syukur yang menghadapi musibah itu," kata Ariffin.

Beliau dimaklumkan lebih 50 ternakan kerbaunya sudah mati kerana HS, dan Khamis memang layak menerima bantuan tertentu.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, pihaknya cuba membantu sebaik mungkin bagi meringankan beban kerugian yang dialami keluarga Muhammad Syukur. - KitaReporters

You will be interested

Apa lagi yang kita mahukan? Kita suka nilai dari luaran saja

Salih Yaacob bimbang apabila rata-rata orang ramai lebih gemar menilai agama hanya daripada ‘kulit’, pada permukaan sahaja dan tidak jelas akan ‘isi’ sebenarnya

Noraini Wahab in Kisah Insan 22 hours ago

Kita perlu menang perjuangan ini! Merupakan satu tugas besar

Kempen A Hundred Unsung Heroes mengenai petugas barisan hadapan dalam peperangan kesihatan lawan wabak COVID-19. Ikuti kisah Noor Azreen dan Puspalladah Suppiah
Editor KitaReporters in Kisah Insan 4 hours ago

Niaga kuih siang malam! Budak 14 tahun bantu sara keluarga!

Kisah Muhamamad Haikal berusia 14 tahun yang mengorbankan masa remajanya demi bantu kelangsungan hidup keluarga dengan jaja kuih muih di jalanan di Kalimantan
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 5 hours ago

Akhirnya terima! Bantuan untuk 710 mangsa banjir Besut 2019!

Penantian mangsa banjir di daerah Besut dalam kejadian banjir pada akhir 2019 untuk mendapatkan bantuan ketika menghadapi bencana itu akhirnya menjadi kenyataan
Mohammad Ishak in Kisah Insan 15 hours ago

Tolong kami! Bantu sara rumah anak yatim miskin Kuala Langat

Pengerusi Pertubuhan Anak-Anak Yatim Miskin Kuala Langat, Mohamad Yunus Mansor mohon masyarakat agar dapat menyumbang bagi membantu kehidupan anak-anak tersebut
Isa Ramli in Kisah Insan 18 hours ago