Srinivas bersama anak-anak bergambar bersama patung mendiang isterinya. Kredit foto; India.com
Lagi cerita-cerita dari India:
https://kitareporters.com/search?search=india
Srinivas Gupta, seorang ahli peniagaan pengusaha dari Karnataka, India melakukan sesuatu yang luar biasa terhadap mendiang isterinya. Dia membuat patung diperbuat daripada bahan silikon yang sama ukuran dan bentuknya dengan isteri yang telah tiada.
Menurut India.com, isteri Gupta yang bernama Madhavi meninggal dunia pada 2017 dalam perjalanan ke kota Tirupati, India. Madhavi yang pergi bersama dengan dua anak perempuannya mengalami kemalangan.
Dua anak perempuannya cuma mengalami cedera ringan, namun nyawa Madhavi tidak dapat diselamatkan.
Anak-anak merasakan mendiang ibu masih hidup. - Kredit foto: India.Com
Ketika masih hidup, Madhavi sempat menyampaikan keinginan memiliki banglo satu tingkat, beratap jerami, dan sederhana. Dan kini setelah isteri tiada, Gupta baru dapat mewujudkan impian isterinya itu.
Setelah rumah impian isterinya selesai dibina, Gupta ingin sosok isterinya tetap hadir. Untuk itu, dia memutuskan untuk memesan sebuah patung yang mirip dengan sosok tubuh isterinya dan patung tersebut kini dipamerkan di rumah tersebut.
"Ini adalah perasaan terindah untuk dapat melihat kehadiran isteri saya di rumah, kerana ini adalah rumah impiannya," Gupta dipetik sebagai berkata.
Seorang tukang buat patung yang bernama Shreedhar Murthy dari Bengaluru, India telah mengukit patung tersebut selama satu tahun," tambah Gupta.
Patung Madnavi dijaga rapi oleh anaknya. - Kredit foto; India.com
Gupta menceritakan pengukit patung tersebut menyarankannya membuat patung isterinya dari bahan silikon bukan lilin. Ini kerana kediamannya di Koppal, India merupakan tempat yang berhawa panas dan memerlukan penghawa dingin untuk mengekalkan keadaan lilin. Gupta pun mengikuti cadangan tersebut.
Dalam video yang itu kelihatan patung silikon Madhavi memakai kain sari ungu lengkap dengan perhiasan kalung, anting-anting serta solekan.
Netizen melahirkan kekaguman atas bentuk cinta Gupta kepada isterinya yang telah tiada.
"Lelaki yang terlalu cintakan isteri," tulis akaun Twitter @itsBalajiID. "Kasih yang besar terhadap pasangan hidupnya," kata akaun Twitter @simhadribolarum pula.
"Saya berharap ... dia juga dapat bercakap ... tidak ada yang dipisahkan dari siapa pun ... sangat sulit untuk hidup dengan kehilangan orang yang dicintai," menurut akaun Twitter @RajeshJ61455424. - KitaReporters