Insan & Komuniti 11 Jun, 2023

Opah Ngomel| Video| Alahai MPS! Tandas berlumut dan penuh tahi! Pintu tandas terkopek! Air tak ada!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Taman air sungai sesuai untuk mandi manda bagi warga kota.



MANGKUK tandas penuh air, tahi yang melimpah. Sama ada yang tandas untuk mencangkung atau duduk, sama saja. Semua tandas tak boleh digunakan. 

Hairan sungguh dah berapa lama pengurusan Taman Eko Rimba Sungai Tua Ulu Yam di Selayang ni tak ambil tahu (peduli) untuk selenggarakan kemudahan awam itu.

Mula-mula sampai ke situ, Opah kagum betul. Kita ada taman rimba yang ramainya orang buka khemah dan datang bersesak-sesak sejak sampai tempat letak kereta penuh kiri kanan jalan itu. Masuk kena bayar dalam dua ringgit dan dengar kata kalau nak berkhemah dikenakan bayaran lain pula.

Bayangkan beratus-ratus orang datang. Bila nak guna tandas untuk buang air kecil ke besar, buka aje pintu nak termuntah.

Mangkuk tandas siap dengan lumut hijau, tahi melampong dan air najis atau air dari sink yang tersekat untuk ke loji utama penuh dalam mangkuk itu.



Ada dua pondok tandas satu warna kuning di kawasan pintu masuk. Bila anak cakap semua tandas tak boleh guna kat situ, Opah pun pelan-pelan ke tandas yang satu lagi. Kena jalan lalui jambatan kayu yang bergoyang dan tak dijamin keselamatannya kalau apa-apa terjadi.

Nasib baik perut tak beronar. Bayangkan jika nak ke tandas atau pengunjung yang ramai itu nak melepas hayat. 

Adakah kat sungai itu saja dia buang air? Seram sejuk bila opah teringat orang kencing gitu saja dan air basahan diaper bayi mengalir ke bahagian bawah sungai yang saya dan orang lain sedang mandi-mandi dengan seronoknya.

Tengah berjalan ada budak dan orang dewasa dok main goyang-goyang jambatan tu. Opah yang gayat ni rasa nak naik angin tapi nasib baik jambatan itu tak tinggi. Ok sampai ke tandas kedua ni, ada air mengalir dari paip berterusan. 

Sambungan paip dari sumber air di atas bukit bukau kat situlah kot. Masuk kat sini, awal-awal lagi ada ibu tu berpesan, "Tak ada air dalam tandas itu." Hurmmm Opah bukan nak buat apapun, saja nak tengok keadaan tandas tu saja. Semerbak bau tahi di dalam tandas itu.


Geli.. tandas rosak, pintu tercabut dan dipenuhi najis 


Kecewa sungguh. Semua bilik tandas itu memang langsung tak boleh guna. Jenis ingin tahu, Opah bukalah tudung tandas cangkung. Weeekkkk muntah hijau, tengok air bergenang dengan najis dan hijau lumut. Pintu tandas ada yang diletak gitu saja, enselnya tercabut. 

Rasa macam ada budak dalam tu sebab dengar bunyi bising-bising dan ada ibu bawa sebaldi air. Tong cat yang dikitar semua.

Opah lihat sekitar. Ramainya yang buka khemah di situ dan tertanya-tanya bagaimana mereka berak ya???



Setakat kencing itu takde masalah pun, air sungai mengalir tu. Buang najis kat mana ya... puas nak conggak, Opah ajak anak balik. Jom balik, kita cari tandas kat stesen minyak

Keluar dari taman rimba itu, baru Opah nampak ada orang buka gerai niaga. Terasa dalam hati ruginya. Kalaulah tempat itu diserahkan kepada swasta mesti lagi baik dari Sunway Lagoon atau mana-mana taman tema. Cantik, luas dan hutanpun boleh diteroka. Masih hutan dara dan simpanan lagi itu.


Tanda amaran fenomena kepala air



Sayanglah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak melihat projek ini sebagai satu tempat untuk keluarga berkumpul, sekolah buat program mencintai alam sekitar, syarikat latihan bina semangat membuat kursus bina diri di sini. Sesuai untuk orang yang "suka masuk hutan" ni.

Disebabkan tiada tong sampah yang besar, merata orang buang sisa tempat BBQ, pinggan plastik, bekas polistren sehinggalah sisa makanan.

Bimbang sebab ada kes macam di Templer Park - satu lagi taman rimba yang dulu anak kawan saya kena kencing tikus. Kami tak berani ke tempat berkelah dekat rumah saya itu sebab monyetnya bukan main liar dan banyak.

Monyet ini cekap tahu mencuri makanan yang kita bawa. Dirampasnya bekas makanan yang kita bawa dan dilarikan ke atas pokok. Habis gitu saja, sandwich, mi apa saja makanan. Binatang itu lapar. 

Di Sungai Tua Ulu Yam ini sepatutnya menjadi pusat rekreasi yang baik untuk wargakota mencari lokasi berendam terutama ketika musim panas terik begini.




Tolonglah pengurusan serahkan saja khidmat menyediakan tandas, tempat ganti pakaian dan membina gerai menjual barangan keperluan berkelah terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum. 

Janganlah tahu kutip duit masuk, penyelenggaran tempat awam yang tahap paling teruk pernah saya temui. 

Sekarang saya dah tak berani nak gi tempat ni. Nampaknya taman tema air berbayar sampai beratus ringgit tiketnya akan jadi tarikan utamalah. KitaReporters


14
10
0
8
1
You will be interested