Insan & Komuniti 22 Sep, 2022

Mak oii! Akibat sakit hati ular tedung gigit kaki! Petani tangkap ular kemudian gigit sehingga mati!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Gambar hiasan


LAZIMNYA seseorang manusia yang perangainya panas berang akan memarahi sesama manusia namun apa yang berlaku kepada seorang petani di Desa Darada, Wilayah Bengal, India baru-baru ini adalah sebaliknya.

Petani terbabit, Salim Khan tidak memarah dengan manusia tetapi dia berdendam serta sakit hati dengan seekor ular tedung sepanjang dua meter yang berbisa selepas haiwan itu menggigit kakinya ketika dia sedang berada di sawah padi di kampungnya.

Akibat kemarahannya, petani itu dengan pantas dan berani menangkap haiwan itu lalu dia menggigit ular berkenaan sehingga mati.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular-ular tedung

Salim Khan melilit ular tedung yang digigitnya sampai mati di lehernya. - Kredit foto: Daily Star


Dipetik dari portal Daily Star melaporkan, kejadian itu berlaku ketika Salim Khan sedang memotong rumput untuk memberi makan kepada beberapa ekor lembu ternakannya.

"Tiba-tiba kakinya dipatuk ular tedung itu dan Salim Khan yang terkejut dengan kejadian itu amat marah dan mahu membalas dengan haiwan itu yang mematuk kakinya.

"Lalu Salim Khan mencari ular itu yang cuba melarikan diri di celah rumput dan apabila dia berjaya menangkap ular itu, dia menggigit haiwan berkenaan sehingga tidak bernyawa," kata Daily Star.


Salim Khan melilit ulr tedung yang dibunuhnya di lehernya. - Kredit foto: Daily Star


Bagaikan sebuah pesta dengan kejayaannya, Salim Khan yang dinobatkan jaguh ular dengan bergaya membawa ular tedung yang sudah mati dililit di lehernya mengelilingi kampungnya sambil memberitahu warga setempat dia berjaya membunuh haiwan berbisa hanya menggunakan giginya sahaja.

Sungguhpun demikian, penduduk setempat percaya petani terbabit membunuh ular tedung itu dengan menggunakan ilmu sihir yang ada pada dirinya.

Jikalau tidak menggunakan ilmu, tidak mungkin haiwan yang berbisa dan paling ditakuti manusia itu akan mati dengan mudahnya dan apatah lagi diketahui Salim Khan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika menggigit ular itu. - KitaReporters


17
11
1
10
0
You will be interested