Insan & Komuniti 04 Oct, 2023

Video| Habis jahanam lagu Awie, M Nasir! Bimbang lagu Pinjam 100 Nur Nilam Sari jadi bahan scammer!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


"Pinjam RM100 Nur Nilam Sari, pakai dulu, bayar nanti,  Aku pun terjebakkkk ... huurmmmmmm."

Lagu itu kemudian diubah suai lirik menjadi semakin lucu malah dalam satu ketika paparan gambar lagu-lagu itu dijadikan latar belakang Datuk Awie membuat persembahan di pentas.

"Terima kasih sayang, 

bagi pinjam RM100. 

Aku bayar gaji nanti

Aku tak lari

Aku tak sanggup lagi

Aku nak makan megi"



Habis rosak lagu asal Awie, kata netizen. Ada yang suka dan tidak kurang yang marah apabila lagu kegemaran mereka diubah suai. Malah ada yang mahu lirik lagu itu dibuat sambungan untuk dijadikan trilogi "Pinjam RM100 Nur Nilam Sari, pakai dulu bayar nanti."

Awie yang mula-mula menviralkan lagu itu kemudian dipopularkan lagi dengan tokoh tambah sehingga peminat setia Awie bernama Zaaaaaaa, memohon supaya janganlah rosakkan lagu yang diminatinya. 

Terbaharu ada yang membuat teka-teki dan meminta orang yang melihat video itu sepetkan mata untuk mencari mesej Pinjam Dulu Seratus Nur Nilam Sari.

"Masalahlah sekarang ni. Nak pinjam duit pun kena sepetkan mata dulu," tanya Mohd Iqhdam dan disambung CtNur dengan kata-kata, "untuk buat muka kesian agaknya, baru dapat." 

Seorang lagi menjawab, "Alahai, tak payah sepetkan mata, tengok dari jauh dah tahu itu. Hendak pula latarbelakang lagu itu didendangkan. Semua orang tahu apa yang hendak disampaikan." kata mereka. 


 



Just a Mom kemudian memuji netizen yang dianggap cuba berlagak sopan dengan berkata kreatif sungguh orang sekarang, hendak meminjam seratus macam-macam cara digunakan.

NurYusuf-aspar berkata, "Nur Nilam Sari, Tragedi Oktober, terima kasih, habis jahanam lagu Awie."

Magina kreator TikTok ini membalas dengan berkata, "Itu semua taktik nak pinjam duit."

Hanidah bertanya, "Boleh percaya ke ni, tidak lari bila gaji," yang kemudian dijawab oleh Magina, "lari itu tidaklah cuma blok WhatsApp." yang kemudian disambung oleh seorang warga Tik Tok lain, Liubahari dan Kir dengan kata-kata, inilah lagu zaman sekarang dan trilogi pinjam seratus.



Lirik yang dinyanyikan oleh Datuk Awie, Pinjam seratus Nur Nilam Sari pinjam dahulu bayar nanti, tiba-tiba sangat popular apabila peminat Datuk Awie menggunakan bait-bait lagu itu sebagai satu cara "sopan" untuk memujuk sang kekasih atau suami yang malu tetapi mahu pinjam duit daripada isteri.

Kedengaran macam sayu dan lucu apabila diviralkan dalam TikTok kerana dijadikan bahan gurauan oleh netizen.

Lirik daripada lagu asal dari filem Tragedi Oktober mungkin disebabkan orang ramai kini menghadapi kesempitan wang sesuailah sebagai aliran baru dengan keadaan masyarakat yang kini dilanda dengan ekonomi yang teruk termasuk harga barangan yang naik melambung. 


Isteri pertama M Nasir, Junainah Johari. - Kredit gambar: Google


Datin Marlia Musa. - Kredit gambar: Google


Cuma bimbang satu saja iaitu lagu itu dijadikan taktik oleh sindiket penipuan online (scammer) untuk menjadikan helah bagi meminjam wang daripada orang ramai yang mudah kasihan dan termakan pujukan. 

Selain itu, nama Nur Nilam Sari itu sangat bermakna kepada komposer terkenal Datuk M Nasir kerana ia ditulis khas untuk anak perempuannya.

Lagu Nur nilam Sari dendangan Awie yang dicipta khas oleh M Nasir itu bagi menghargai nama salah seorang anaknya, Nilam Sari M Nasir selepas kehilangan isteri pertamanya, Junainah Johari, 36, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Ogos 1998 akibat penyakit asma pada usia 36 tahun. Allahyarham adalah bekas anggota kumpulan Ideal Sisters yang berasal dari Singapura. 

Dan kalaulah orang yang menyanyikan lagu itu tahu kisah di sebalik nama Nur Nilam Sari, sudah tentu mereka tidak akan memperolok-olokkan lagu itu kerana menurut Dato' Awie, Allahyarham Junainah pergi sehari selepas dia selesai merakamkan trek vokal untuk lagu tersebut.

M Nasir kemudian berkahwin dengan pelakon yang terkenal ketika itu, Marlia Musa yang juga pelakon, pelawak, penggiat teater, pensyarah yang sangat disayangi peminatnya. - KitaReporters


12
6
0
4
0
You will be interested