Insan & Komuniti 11 Oct, 2023

Tahniah Jiran Wanita KRT Bandar Jertih! Wakili Terengganu ke Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2023!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pasukan Panel Penilai melawat Projek Pembuatan Seramik JIran Wanita KRT Bandar Jertih


JIRAN Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu, sekali lagi dipilih mewakili negeri Pantai Timur ini ke pertandingan Anugerah Perdana Rukun Tetangga (APRT) 2023 menerusi kategori Pengurusan Jiran Wanita.

Ia merupakan percubaan kali kedua dalam tempoh dua tahun selepas mendapat tempat ketiga APRT peringkat kebangsaan menerusi kategori sama pada 2021.

Anugerah APRT tersebut disertai 16 Jiran Wanita dari seluruh negara dan lima daripadanya disenarai pendek oleh penganjur untuk dinilai oleh panel penilai.


Teo Huey Lan


Pengerusinya, Teo Huey Lan berkata, menerusi anugerah tersebut ia diharap dapat membangkitkan semangat kesukarelawanan ahli-ahli dalam meneruskan aktiviti untuk komuniti setempat. 

Beliau berkata, pihaknya bangga dan bersyukur kerana Jiran Wanita berkenaan turut disenarai pendek untuk sesi penilian yang diadakan pada 5 Oktober 2023 di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih,

“Kami sudah membuat persediaan dan persembahan terbaik ketika sesi penilaian dan berharap peluang untuk meraih tempat pertama akan berjaya,” katanya lagi.


Ketua Panel Penilai Datin Noraidah Mohd Shariff dari Universiti Malaya (UM) sedang membuat pergulungan.


Sesi penyampaian hadiah kepada KRT yang berjaya akan diadakan pada 4 November 2023 nanti di Bangi Avenue Convention Center oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Huey Lan berkata, jawatankuasa Jiran Wanita yang dipimpinnya agak unik kerana mempunyai pelbgai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Ibam. 

Selain itu, menerusi pertandingan itu pihaknya berjaya menampilkan projek khas menerusi pembuatan seramik yang diusahakan oleh ahli-ahli KRT. 

Menurutnya, KRT Bandar Jertih adalah antara yang tertua ditubuhkan di negara ini dan kini sudah berusia 38 tahun tetapi masih aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan termasuk dalam bidang pendidikan, kemahiran, sosial, keagamaan, sukan, kesihatan dan kebajikan. - KitaReporters


jawatankuasa Jiran Wanita KRT Bandar Jertih bergambar kenangan bersama ahli-ahli panel penilai.

9
18
1
15
0
You will be interested