Insan & Komuniti 18 Nov, 2022

PRU15: Rakyat bertanggungjawab keluar mengundi! Pilih pemimpin yang akan memacu negara! - Dr Azizan

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this


SELEPAS diuji dengan jangkitan Covid-19 pada awal tahun lalu, jurulatih keusahawanan dan pakar pemasaran Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersyukur kerana diberi peluang dan masa bonus untuk terus memberi manfaat serta membantu orang ramai khususnya usahawan meningkatkan tahap ekonomi dan kewangan mereka. 

Beliau menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi  atas segala-gala yang diterima sehingga hari ini dan berazam  terus melakukan apa yang terbaik demi menjadi seorang manusia yang memberi manfaat kepada  ramai orang di luar sana.

Dr. Azizan berucap demikian ketika sambutan ringkas hari kelahirannya yang ke-48 yang turut dihadiri anak-anak didiknya dan usahawan yang berhampiran di pejabat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) di Shah Alam, Selangor. Ucapannya itu juga dimuat naik dalam laman Facebook miliknya pada 15 November 2022. 

Pada awal 2021 lalu, Dr. Azizan dijangkiti Covid-19 bersama 31 ahli keluarganya sehingga ibu mertuanya meninggal dunia malah beliau sendiri hampir saja maut selepas berada pada tahap kritikal hingga doktor menyatakan sudah tiada harapan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dr Azizan Osman

Dr. Azizan Osman menyeru rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada PRU15 pada Sabtu, 19 November 2022 ini.


Menyentuh mengenai isu semasa, dan memandangkan tidak lama lagi akan diadakan Pilhan Raya Umum  ke-15 (PRU 15) pada Sabtu, 19 November 2022 ini, dalam ucapan yang sama, beliau turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang akan memacu negara.

"Saya bercakap tentang manusia yang memberi manfaat termasuklah menjalankan tanggungjawab kita kepada negara.  Di mana setiap pengundi berhak memilih orang yang akan menjadi wakil mereka nanti.

"Setiap satu undi anda bererti kerana jika kita memilih pemimpin yang baik ia akan jadi dokongan untuk mewakili Parlimen dengan orang yang baik juga,” ujarnya.

Mentor usahawan itu menambah,  pengundi yang layak wajib menjalankan amanah apatah lagi sebagai umat Islam menjalankan tanggungjawab untuk memilih calon yang dapat mewakili mereka. 


Dr. Azizan ketika menyambut majlis kelahirannya bersama-sama anak didik dan usahawan di Richwork International Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.


“Setiap orang juga sebenarnya adalah pemimpin sejak dalam kandungan ibu lagi malah sedang memimpin diri sendiri.

"Seperti mana hadis Nabi Muhammad SAW, setiap pemimpin bertanggungjawab kepada sesiapa yang mereka pimpin. Justeru, kita mempunyai hak untuk memilih maka kita semua juga sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada siapa yang diundi," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Azizan turut meminta agar pengundi untuk tidak mempersia undi mereka.

"Jika kita rosakkan undi, anda sama seperti pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Jadi pilihlah mereka yang akan memberikan kebaikan kepada Islam sebab saya orang Islam dan mereka yang akan menyokong dan mendokong kebaikan agar negara ini dapat hidup dengan aman sejahtera," ujarnya. - KitaReporters


 

16
9
0
11
0
You will be interested