Insan & Komuniti 10 Apr, 2024

Video| 2 sahabat naik basikal balik kampung! Tiket bas habis! Perjalanan sejauh 436km, selama 4 hari!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Pulang berhari raya sudah menjadi kemestian bagi kebanyakan perantau untuk pulang menyambut hari berbahagia bersama keluarga dan saudara-mara.

Namun masalah besar yang dihadapi para perantau memerlukan pengangkutan awam baik daratan, air atau udara ialah kehabisan tiket. 

Atau jika ada tiketpun harganya naik berganda menyebabkan ada sejumlah masyarakat begitu tertekan untuk mengeluar perbelanjaan tinggi untuk pulang lebaran.

Ia menyebabkan terdapat sejumlah perantau terpaksa membatalkan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga di kampung. Namun masih ada yang mencuba cara tertentu untuk dapat pulang lebaran dengan mencari alternatif.




Dua lelaki sanggup menaiki basikal tua dari Kediri ke Brebes, Jawa Tengah yang jarak perjalan sejauh 436 kilometer. 

Di bahagian belakang basikal tersemat tulisan “Kediri to Brebes”. Walaupun ia cukup memenatkan pada bulan Ramadan, namun kedua-dua lelaki itu sanggup bersaing dengan kenderaan lain di atas jalan raya.

Memberitahu media Kompas, salah seorang penunggang basikal, Ari Ramdani, 30, berkata dia dan rakan sekampungnya nekad untuk menunggang basikal setelah kehabisan tiket selepas bertahun-tahun tidak pulang berlebaran bersama keluarga.

Perjalanan pulang lebaran dengan menaiki basikal ini tular setelah dimuat naik akaun Twitter  @Pai_C1.

Perjalanan memakan masa empat hari untuk sampai ke destinasi dalam keadaan letih dan kehitaman namun merka puas. Mereka terpaksa bermalam di masjid untuk berehat.

/

Ari Ramdani salah seorang dari dua penunggang basikal untuk balik lebaran


Setelah berjaya sampai ke kampung,  beberapa hari setelah lebaran, kedua-dua lelaki ini perlu kembali berkayuh untuk pulang semula ke Kediri.

Dalam video itu terlihat dua lelaki berpakaian hitam dengan menggendong beg galas dengan masing-masing  menunggang basikal tua. Di bahagian belakang basikal  tersemat tulisan “Kediri to Brebes”.

Peristiwa itu mendapat reaksi positif dan kekaguman para netizen. - KitaReporters

9
14
0
14
0
You will be interested