Insan & Komuniti 19 Apr, 2023

1,825 keluarga asnaf di 12 negeri terima Rezeki Ramadan! Anjuran IR Malaysia, minuman Yakult Ace!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Edaran minuman probiotik Yakult di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kg Ketam, Kerdau, Temerloh, Pahang.


Seramai 1,825 keluarga asnaf di 12 buah negeri iaitu Perak, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kedah, Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak telah menerima sumbangan minuman probiotik Yakult menerusi program edaran pek makanan Rezeki Ramadan anjuran Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia).

Setiap keluarga dibekalkan dengan dua pek minuman Yakult Ace dan Yakult Ace Light selain menerima bantuan khusus pek makanan Rezeki Ramadan dari IR Malaysia merangkumi barangan keperluan asas seperti tepung, minyak masak, bihun, sos, biskut, sardin, kicap, garam, gula, teh, kopi, malt coklat, kurma, santan kotak, serbuk kari dan kunyit, kari ayam atau daging dalam tin serta pelitup muka.

Sumbangan telah diedarkan sejak 17 Mac hingga 29 Mac 2023 lalu.


Edaran minuman probiotik Yakult di Masjid Nur Iman, Kg Slim Bangun, Menggatal, Sabah.


Menurut Pengurus Kanan Jabatan Sains dan Perhubungan Awam Yakult, Lim Siew Ling, Yakult sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan pengguna akan kepentingan penjagaan usus demi sistem imuniti yang kuat.

“Lantaran respons baik yang diterima daripada para penerima manfaat menerusi kerjasama strategik Yakult dan IR Malaysia menerusi program edaran tahun lalu (2022), kami berbesar hati untuk meneruskan lagi usaha sama ini pada Ramadan kali ini (2023).

“Dengan adanya program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat untuk lebih peka dalam menjaga kesihatan usus mereka,” kata Siew Ling.

Tambahnya, program ini juga dilihat dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan Yakult untuk mendekati masyarakat secara lebih dekat sambil berkongsi manfaat minuman probiotik ini dengan lebih meluas termasuk di kawasan-kawasan luar bandar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir pula, Islamic Relief Malaysia sangat mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk sama-sama menggembleng tenaga dalam membantu mereka yang memerlukan seperti mana yang telah dilaksanakan bersama pihak Yakult.

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada penerima manfaat yang disantuni, malah ia turut membeli nilai tambah serta melengkapkan lagi sumbangan pek makanan Rezeki Ramadan yang sedia ada diedarkan oleh Islamic Relief Malaysia,” jelas Mohd Shukor.


Aminah Samad bersama kakitangan Yakult sewaktu edaran sumbangan di Masjid Kariah Gadong Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.


Sementara itu, Aminah Samad, salah seorang penerima manfaat Rezeki Ramadan berkata, “Kehidupan dahulu memang susah, tapi sekarang lebih susah. 

"Setakat ini, kalau untuk makan masih cukup. Lagipun, kami makan biasa-biasa sahaja sama macam orang lain. Kalau terdesak, anak-anak lain akan bantu. 

"Dahulu, hidup makcik susah. Tetapi makcik rasa sekarang lebih susah. Barang-barang semua mahal. Sewa rumah lagi nak bayar. Cucu-cucu makcik yang masih kecil tak faham lagi.

“Kalau lapar, mereka akan menangis minta makanan. Paling kurang pun, di rumah mesti ada biskut untuk alas perut.

“Alhamdulillah, makcik rasa bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan hari ini. Sebak rasa. Cucu-cucu makcik mesti seronok tengok biskut dan makanan yang makcik dapat lebih-lebih lagi ada air Yakult ini. 

"Kalau nak beli sendiri susah sikit sebab biasanya kami akan dahulukan pembelian barangan makanan asas lain yang lebih penting,” kata Aminah yang ditemui sewaktu edaran di Kampung Gedong Jaya, Negeri Sembilan. 

Semoga inisiatif ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang agar golongan rentan yang memerlukan dapat turut sama menikmati dan mendapatkan khasiat baik daripada setiap barangan yang diberikan. - KitaReporters/Kenyataan Media


Edaran minuman probiotik Yakult di Sekolah Kebangsaan Lendu, Alor Gajah, Melaka

9
16
0
15
0
You will be interested