Insan & Komuniti 07 Mar, 2025

Kembara bantuan Ramadan! Pertubuhan Kebajikan Jamiatul Khairiah santuni keluarga asnaf di 3 negeri!

@roslan rusly
18 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

Sekitar Majlis yang berlangsung di Johor

Pertubuhan Kebajikan Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan dan Selangor meneruskan usaha kebajikan dengan menyantuni 500 keluarga asnaf di tiga negeri dalam satu program khas sempena bulan Ramadan. Program ini melibatkan Negeri Johor, Terengganu dan Kelantan baru-baru ini.

Program sumbangan ini dimulakan di Batu Pahat, Johor, dengan penyampaian bantuan kepada 300 keluarga asnaf. 

Majlis penyerahan sumbangan ini dianjurkan dengan kerjasama Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, serta AJK dan kariah Surau Arab, Batu Pahat.


Majlis sumbangan yang berlangsung di Kelantan


Misi kebajikan diteruskan ke Kota Bharu, Kelantan, di mana 100 keluarga asnaf menerima bantuan hasil kerjasama dengan Persatuan Al-Amin Kelantan yang diketuai oleh Syed Abdul Rahman Al-Yahya. 

Bantuan ini diserahkan pada satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna bagi meringankan beban penerima menjelang Ramadan.


Antara penerima bantuan dari Pertubuhan Kebajikan Jamiatul Khairiah di Terengganu.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Terengganu, sebanyak 100 bakul makanan diagihkan kepada 100 keluarga asnaf dengan sokongan Persatuan Al-Amin Terengganu yang diketuai oleh pengerusinya, Syed Suhaimi Syed Hasan Al-Hadi Al-Idrus. 

Program ini turut mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat yang bersama-sama menyokong usaha kebajikan tersebut.


(Dr.) Syed Hussein Abdul Kadir Al-Habshee,


Presiden pertubuhan, Dato’ Seri (Dr.) Syed Hussein Abdul Kadir Al-Habshee, dalam ucapannya, menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini. 

Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban golongan asnaf, tetapi juga sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda baru ini. 

“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan, dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kebajikan ini,” katanya lagi.

Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dalam membantu golongan kurang berkemampuan, terutama pada bulan suci Ramadan. - KitaReporters


Antara Jawatankuasa yang terlibat dalam membantu proses sumbangan bantuan.

12
11
0
10
1
You will be interested