Insan & Komuniti 15 Jun, 2025

Nampak ganas tapi dalam hati ada taman! Geng Harley Davidson hibur anak yatim! Tonton Ejen Ali 2!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

.


Lazimnya, masyarakat mungkin hanya membayangkan deruman enjin motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson menggegarkan jalanan. 

Namun, persepsi itu tersasar jauh apabila Harley Owners Group Kuala Lumpur Route 77 (HOGKL) membuktikan keprihatinan mereka. 

Bersempena tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), kumpulan ini menunjukkan sisi lembut dan kemanusiaan yang jarang dipamerkan dengan membawa 50 anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni untuk menonton filem animasi tempatan tersebut.

Jadi, siapa kata geng Harley cuma tahu gegarkan jalan dengan bunyi kuat enjin mereka sahaja kan?



Dengan gaya penuh karisma, 10 penunggang Harley-Davidson Kuala Lumpur (HDKL) telah berkonvoi dari HDKL Route 77 di Jalan Ampang ke GSC Mid Valley Megamall. 

Mereka hadir bukan untuk sekadar mempamerkan motosikal berkuasa tinggi, sebaliknya membawa 50 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni untuk sama-sama menonton filem animasi tempatan yang kini hangat ditayangkan di pawagam. 

Inisiatif murni ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) HOGKL dalam usaha menyebarkan senyuman dan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.

Ejen Ali The Movie 2 jelas terbukti bukan sekadar filem untuk tontonan kanak-kanak semata-mata, malah ia berjaya memukau ahli HOGKL sendiri. 

Abang-abang Harley berjaket kulit pun boleh tersandar sebab syok sangat!


Mohamad Wira mengiringi anak-anak yatim masuk pawagam. - Kredit foto: FB HOG Route 77 

Kuala Lumpur Chapter.


“Kita ni nampak je ganas, tapi cerita kartun pun kita layan! Ingat rider Harley tak tengok kartun ke? Kita orang pun excited sangat nak tengok. Mula-mula ingat cerita budak-budak je… sekali tengok, terus tercenggang. Kalau nak cari salah dalam filem ni, memang tak jumpa. Perfect!, ” kongsi Presiden HOGKL, Mohamad Wira.

Anak-anak yatim kelihatan amat terhibur dengan jalan cerita yang disajikan, manakala ahli HOGKL pula memuji kualiti Ejen Ali The Movie 2 yang mantap dengan kesan bunyi yang hebat, mesej positif, serta animasi yang luar biasa. 



Ringkasnya, ini memang filem untuk semua. Dari anak kecil sampai abang-abang naik Harley pun boleh layan habis!

Yang paling penting, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) HOGKL dalam usaha menyebarkan senyuman dan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

Ia sekali gus jelas membuktikan bahawa filem tersebut sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat usia, dari kanak-kanak hingga dewasa. 

Oleh itu, misi masih aktif -- unlock fasa seterusnya -- dan terus sokong Ejen Ali The Movie 2 di pawagam!. - KitaReporters


16
8
0
16
0
You will be interested