Insan & Komuniti 26 Jan, 2023

Syukur! Lima beranak dari Kpg La, Hulu Besut dapat rumah baharu! Kehilangan rumah akibat banjir besar!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Rumah pusaka didiami Noraida Mamat yang mengalami kerosakan teruk dalam kejadian banjir di Kampung La, Hulu Besut pada Disember 2022



LIMA beranak yang kehilangan rumah kediaman akibat rosak teruk selepas dilanda banjir besar melanda Kampung La, Hulu Besut, Terengganu, kini menarik nafas lega sambil menganggap satu mimpi indah apabila mendapat sebuah rumah baharu bagi menggantikan rumah lama yang musnah akibat bencana banjir. 

Sikap ambil cakna sebuah pertubuhan yang dikenali Pertubuhan Prihatin Anak Watan Terengganu yang bersimpati dengan nasib malang menimpa keluarga terbabit dengan membina sebuah rumah melegakan mangsa-mangsa banjir terbabit.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan rumah-rumah baharu

Noraida Mamat


Noraida Mamat, 38, tidak menyangka ada pihak yang tampil membina rumah baharu untuk keluarganya yang sebelum ini kehilangan tempat berteduh apabila rumah pusaka yang didiaminya lebih 11 tahun musnah dalam kejadian banjir pada 18 Disember 2022.  

“Perasaan sedih tidak dapat dibayangkan selepas kembali dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  dan melihat sendiri rumah kesayangan musnah teruk dan menjadi ingauan ngeri dalam keluarganya,” katanya. 

Bayangkanlah, katanya lagi, selain rumah pusaka tersemban menyembah bumi, semua barangan berharga di dalam rumah turut musnah malah ada yang dihanyutkan air bah.


Rumah baharu milik Noraida yang dibina oleh NGO Prihatian Anak Watan Terengganu


Noraida bersama suaminya, Muhamad Khairul Nizam menerima replika kunci rumah bergambar kenangan bersama Che Mohamad Zulkifli (dua dari kanan)


Bagaimanapun, Noraida bersyukur memandangkan rezeki Allah menyebelahinya apabila ada pihak yang sudi membina sebuah rumah baharu sebagai ganti rumah yang musnah dalam kejadian banjir paling besar di kampung itu. 

Noraida bersama suaminya, Muhamad Khairul Nizam Zakaria, 46, serta tiga anak kini dapat tinggal selesa di rumah baharu yang dibina secara gotong royong oleh sukarelawan Prihatin Anak Watan Terengganu

Rumah berharga RM30,000 dengan tiga bilik dibina secara gontong royong dengan mengambil masa tiga hari untuk disiapkan termasuk pendawaian elektrik dan bekalan air.  

Bukan itu sahaja, pihak berkenaan juga turut menyediakan kemudahan peralatan perabut, elektrik dan kemudahan lain. 


Noraida bersama suami serta tiga anak mereka.


Noraida adalah antara tiga daripada tujuh mangsa banjir yang kehilangan rumah di kampung tersebut akibat banjir yang sudah mempunyai rumah kediaman hasil usaha sumbangan NGO berkenaan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin dengan nasib mangsa banjir yang kehilangan rumah termasuk saya sendiri,” katanya selepas menerima replika kunci menduduki rumah terbabit. 

Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyampaikan penyerahan replika kunci kepada Noraida dalam satu majlis ringkas di hadapan rumah yang baru siap dibina itu baru-baru ini. - KitaReporters


Kerja-kerja awal pembinaan rumah mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut

19
13
1
13
1
You will be interested