MENGGENGGAM segulung ijazah pertama sudah cukup bagi ramai orang. Namun ramai juga yang meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD).

Parthiban dikelilingi sebahagian 150 ijazah yang telah diperoleh sejak 1981.
Tetapi
bagaimana kalau memiliki sehingga 150 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian daripada
pelbagai pusat pengajian tinggi? Tentu ini dianggap luar biasa, seolah-olah
sepanjang hidup tiada kerja lain melainkan menambah koleksi ijazah.
Tetapi itulah
kejayaan yang telah dicapai oleh Profesor Dr. V. N. Parthiban, 60, dari
Chennai, India. Dia sanggup menghabiskan banyak masa dan tenaga demi mengumpul
sebanyak mungkin ijazah.
Dia sanggup
membelanjakan sehingga 90 peratus gajinya demi membiayai pengajian. Prinsipnya,
mencapai kejayaan dalam pelajaran bukan satu detinasi, tetapi perjalanan
sepanjang hayat.
Kerana kegigihannya, dia dikenali sebagai ‘Muzium Ijazah’ dan orang paling terpelajar di dunia. Dia juga dianggap sebagai perpustakaan hidup, perpustakaan bergerak.

Dr. V.N. Parthiban gigih menimba ilmu sehingga berjaya memilik 150 ijazah. Dia berazam menambah koleksi sehingga memperoleh 200 ijazah.
Kenapa Parthiban melakukan ini semua? Hanya satu sebab utama, iaitu menunaikan janji kepada ibunya. Janji dibuat kerana pertama kali mendapat ijazah pertama, dia hanya sekadar ‘cukup makan’. Ibunya sangat sedih.
Kesedihan
ibu ibarat api yang membakar dalam jiwa Parthiban. Dia berjanji pada masa
hadapan akan lulus dengan cemerlang. Dia mahu ibunya bangga dengan muncul
sebagai pelajar terbaik.
Janji tersebut terus membakar Parthiban untuk 40 tahun. Sejak 1981, dia tidak berhenti belajar.
Semangat untuk menebus diri kerana gagal cemerlang pada kali pertama bertukar menjadi semangat dahagakan ilmu yang berpanjangan.
Atas
semangat inilah dia mencipta pencapaian akademik yang dianggap menakjubkan. Dia
telah memperoleh lebih 150 ijazah dan diploma. Kelayakan akademiknya bagaikan
katalog kursus universiti.
Parthiban memiliki ijazah sarjana dalam perlbagai disiplin, antaranya Ekonomi, Pentadbiran Awam, Sains Politik dan Undang-Undang.
Keseluruhannya dia memiliki 12 ijazah sarjana Filosofi (M.Phil) dan sedang menyiapkan ijazah PhD yang keempat.

Panjang sungguh senarai ijazah yang dimiliki Parthiban, bagai katalog kursus universiti.
Pengajian tanpa henti memerlukan sumber kewangan yang banyak. Sejumlah 90 peratus gajinya digunakan untuk pengajian, termasuk membayar yuran universiti, buku dan bahan-bahan pengajian.
Parthiban bukan
sahaja kental mengejar ilmu, tetapi juga dalam bekerja. Dia mengajar di
pelbagai institusi pengajian tinggi dari awal pagi sehingga lewat malam. Masa
lapang antara kelas digunakan untuk mentelaah pelajaran sendiri.
Ketika ini, dia ialah profesor madya di Kolej RKM Vivekananda, Chennai, merangkap Ketua Jabatan Perdagangan.
Setiap hari dia bangun pukul 5 pagi, bekerja dan belajar hingga 11.30 malam. Ini rutin hariannya sejak beberapa dekad.

Tiada istilah penat atau rehat bagi Parthiban. Pagi petang siang malam asyik dengan buku.
Tiada istilah penat dan tiada masa rehat sebenar bagi Parthiban. Ketika orang lain rehat dan bersantai, dia tenggelam dalam timbunan buku.
Parthiban belum puas hati dengan kejayaan memperoleh 150 ijazah. Dia berazam mahu memiliki sehingga 200 ijazah. Dia percaya mampu mencapainya.
Baginya, jika ada komitmen dan minat
mendalam, tiada batasan untuk memperoleh kejayaan. - KitaReporters