Insan & Komuniti 16 Jan, 2026

Video| Kalau minta kami bagi! Peniaga terkilan nasi lemak diambil tanpa dibayar! Mujur ada CCTV!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: [email protected]

Share this

Isu kejujuran dalam kalangan masyarakat sering diperkata, namun realitinya masih ada segelintir yang memandang ringan soal hak dan amanah, walaupun dalam perkara kecil. 

Pada 13 Januari 2026 lalu, satu rakaman CCTV di sebuah kedai nasi lemak mencetuskan perbincangan hangat dalam media sosial apabila seorang lelaki didakwa mengambil makanan di kaunter tanpa membuat bayaran.



Kejadian yang berlaku di premis Nasi Lemak 90 An itu mengundang pelbagai reaksi netizen, sekali gus membuka persoalan, sejauh mana tahap kejujuran rakyat Malaysia hari ini?

Video berkenaan dimuat naik menerusi akaun TikTok @nasilemak.90an, disertakan kapsyen ringkas namun jelas menggambarkan rasa terkilan pihak peniaga.  

“Macam ni pun ada! Kalau nak, cakap je, Min suruh staff bagi. Janganlah curi,” tulis pemilik akaun itu, sambil merayu agar kejadian seumpama itu tidak berulang. 



Menurut penjelasan pihak Nasi Lemak 90 An, kejadian tersebut bukan berlaku akibat kekeliruan atau salah faham. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki berkenaan telah berada di hadapan kedai untuk tempoh agak lama sebelum mengambil makanan berkenaan. 

“Min tengok CCTV, dalam 20 minit dia mundar-mandir depan kedai. Cashier ada je masa tu. 

"Cuma bila staff masuk belakang kejap buat kerja lain, terus zappp,” jelas pemilik akaun itu dalam ruangan komen.

Keadaan itu sekali gus menafikan tanggapan bahawa makanan tersebut diambil secara tidak sengaja atau tersalah ambil pesanan orang lain.




Video yang dikongsi itu telah mendapat sebanyak 488.3k tontonan, 8008 tanda suka dan puluhan komen. 

Ada netizen yang cuba bersangka baik dengan mengandaikan lelaki berkenaan menyangka makanan tersebut adalah sedekah. â€śTapi saya rasa dia ingat awak buat sedekah tu.”



Namun pandangan itu segera disangkal oleh netizen lain yang menganggap mustahil makanan yang diletakkan di kaunter jualan dianggap sebagai sedekah.

“Mana ada orang bagi sedekah letak atas meja kaunter kedai,” komen ini mendapat persetujuan ramai kerana kaunter secara umum merupakan ruang urusan jual beli.

Selain mempersoal tindakan lelaki berkenaan, netizen turut membincangkan aspek pengurusan kaunter kedai. 

Ada yang berpendapat kaunter tidak sepatutnya ditinggalkan tanpa penjaga walaupun seketika. 

“Kaunter kena ada pekerja. Tinggal sekejap pun tak boleh. Kena ada orang ganti kalau nak ke tandas atau solat,” tegas netizen tersebut.


 



Namun pihak Nasi Lemak 90 An menjelaskan bahawa ruang jualan mereka agak terhad kerana bahagian belakang merupakan kawasan kilang penyediaan nasi lemak.

“Situ je kaunter sebab belakang, kilang nasi lemak,” jelas pemilik kedai.

Cadangan lain turut dikemukakan oleh netizen, antaranya menyediakan meja khas untuk makanan atau meletakkan loceng di kaunter bagi memudahkan pelanggan dan rider

“Letak meja sebelah kerusi biru tu untuk makanan, lepas tu letak loceng dekat kaunter.”


 


Menurut pemilik kedai lagi ketika menjawab soalan netizen, dia terpaksa memberi nasi lemak baharu kepada rider tersebut.

Selain itu, pemilik juga tidak mahu membuat laporan laporan polis kerana tidak mahu isu itu dipanjangkan.

“Tak pelah. Berapa ringgit je nasi lemak tu. Cuma tak sangka area sini orang mencuri,” katanya.

Jawapan itu sedikit sebanyak meredakan kebimbangan netizen, selain memperlihat sikap bertanggungjawab peniaga walaupun terpaksa menanggung kerugian. - KitaReporters


14
7
0
9
0
You will be interested