Insan & Komuniti 27 Oct, 2023

Terbaiklah JAWI! Sediakan rumah transit untuk mualaf! Bagi elaun untuk yang hadir kelas mengaji!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Hulurkan tangan membimbing saudara-saudara baharu Islam atau lebih dikenali sebagai mualaf sangat digalakkan. Perjuangan serta ujian yang dilalui oleh golongan mualaf bukan mudah. Banyak liku-liku yang perlu mereka hadapi sehingga merobek hati dan perasaan.

Bayangkan, ada yang dibuang oleh keluarga dan diugut bunuh kerana memeluk Islam. Saudara dan kawan menjauh sehingga mereka rasa terasing dan hilang arah tujuan. 

Justeru, ketika inilah mereka memerlukan sokongan dan bantuan daripada kita yang Islam sejak lahir.


Bersih dan selesa.


Ya, itulah tanggungjawab kita dalam membimbing saudara baharu. Atas inisiatif itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyediakan rumah atau penginapan sementara (transit) untuk golongan ini.

JAWI berkongsi khabar gembira itu dalam Facebook rasmi mereka pada 19 Oktober 2023 lalu. Melihat gambar-gambar penginapan yang dikongsi, kelihatan ia begitu selesa dan bersih.



“Dihalau dan dibuang keluarga, ini adalah salah satu cabaran saudara baharu kita selepas memeluk Islam. Bagi meringankan beban mereka, kami menyediakan penginapan sementara di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, khas buat mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal,” tulis kenyataan tersebut.

Bukan sahaja tempat tinggal, malah JAWI juga menyediakan kelas bimbingan dan elaun. Selain itu, pelbagai lagi bantuan disediakan.


Bukan sahaja tempat penginapan sementara, JAWI juga menyediakan kelas pengajian buat mualaf. 


“Kami menyediakan bimbingan seperti kelas Tahsin al-Quran bagi saudara baharu selain elaun setiap kali mengikuti kelas ini. Selain itu, mereka juga akan diberikan sumbangan pengislaman sebanyak RM3,000 serta kit pengislaman termasuk al-Quran, buku-buku, pakaian serta kelengkapan solat selepas pendaftaran.

“JAWI turut menyediakan kelas pengajian buat saudara baru bagi peringkat asas, pertengahan dan lanjutan selama satu tahun enam bulan bagi setiap peringkat. Untuk maklumat lanjut, hubungi JAWI di 03-22749333,” tulisnya.

Usaha murni kitu mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Rata-rata menzahirkan saya syukur dan berterima kasih kepada JAWI.



“Alhamdulillah. Buatlah yang terbaik untuk saudara baharu kita,” tulis salah seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang mahu usaha murni JAWI itu dicontohi pihak lain. â€śTerbaik! Suka lihat usaha seperti ini. Moga Allah merahmati semua pihak yang terlibat dan mencontohi usaha ini,” tulisnya. - KitaReporters


9
13
0
10
0
You will be interested