Insan & Komuniti 04 May, 2023

Syabas Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM! Anjur tuisyen percuma untuk 40 pelajar SMK Pulau Nyior!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah

Antara pelajar tingkatan tiga yang terlibat dalam program tuisyen percuma nanti.

Seramai 40 pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior, Jitra, Kedah terpilih untuk program Tuisyen Percuma di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) pada 5 Mei 2023 hingga 21 Mei 2023 nanti.

Aktiviti selama 54 jam dalam masa tiga minggu ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Nur Sakinah Samsudin, bekas pelajar SMK Pulau Nyior, yang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah di UM.

“Saya akan membimbing mereka ini sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan dalam mata pelajaran Sejarah yang menjadi subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” jelasnya.


Nur Sakinah Samsudin

Cadangan projek kesukarelawanan yang akan dijalankan secara online melalui Google Meet ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan subjek Sejarah, kaedah untuk menulis esei dan cara menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras (KBAT).

"Melalui program ini saya akan memberi fokus dan bimbingan kepada pelajar tentang kaedah yang mudah dan efektif untuk memahami fakta, menghuraikan fakta berserta contoh dan bagaimana untuk mereka skor markah yang tinggi bagi subjek Sejarah yang menjadi subjek teras di sekolah.

"Mereka akan diberi bimbingan secara percuma selama tiga jam dalam dua sesi selama tiga kali seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan juga Ahad," kata Nur Sakinah.


Nur Sakinah (kiri) bersama Pengetua SMK Pulau Nyior, Jitra Ahmad Othman.

"Dalam tinjauan saya, ilmu sejarah ini kurang diminati generasi muda tetapi melalui program ini saya akan berusaha menyedarkan mereka betapa pentingnya subjek ini.

"Mereka perlu dibimbing dan diberi kesedaran untuk memahami subjek sejarah yang menjadi  pemangkin semangat kepada masyarakat  dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.

"Namun bukan mudah untuk menyedarkan mereka ini, namun diharap tuisyen ini sekurang-kurangnya dapat membantu mereka untuk memahaminya dengan penerangan pelbagai fakta dan pendapat agar kekeliruan tentang sejarah ini dapat diterjemahkan dan membawa mereka memahami subjek sejarah ini.

"Pastinya dengan bimbingan ini dapat mengurangkan kekeliruan mereka tentang sejarah kerana sejarah ini secara kasarnya mempunyai skop yang sangat luas," kata Nur Sakinah lagi.


Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM)

Subjek Sejarah ini adalah penting supaya pelajar-pelajar cakna tentang asal usul mereka dan akan lebih menghargai para pejuang yang telah berkorban bagi mendapatkan kemerdekaan supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan damai tanpa peperangan sehingga kini.

Semoga tuisyen di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosia UM ini dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia nanti.

Pastinya masyarakat majmuk dapat dilahirkan apabila mereka mempelajari mengenai budaya, agama dan bangsa yang dilihat dapat menyatukan kehidupan rakyat Malaysia Madani seperti yang dikehendaki kerajaan sekarang.


Pensyarah UM, Muhammad Faiz Yusoff

Program ini akan mengambil masa selama 14 minggu untuk dijalankannya sebelum Nur Sakinah menyerahkan laporan refleksi kepada pensyarah Muhammad Faiz Yusoff nanti.

"Kaedah yang akan digunakan dalam bimbingan saya nanti termasuk pendokumentasian projek yang dijalankan melalui gambar-gambar yang diambil semasa kelas tutor sebagai penyertaan daripada saya, guru dan pelajar SMKPN.

"Manakala buku log pula untuk menunjukkan bukti kehadiran mereka termasuk menjalankan kuiz sebagai menguji perkembangan pelajar yang mengikutinya," menurut Nur Sakinah.

Sebagai penghargaan sijil dan hadiah sumbangan Alumni UM sebanyak 20 unit akan disediakan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang nanti.

Sijil penghargaan kepada Pengetua SMKPN, Ahmad Othman dan guru kelas Roziana Saad juga akan disediakan nanti, tambahnya. - KitaReporters


Pengetua SMK Pulau Nyior Ahmad Othman.


24
10
0
5
0
You will be interested