Insan & Komuniti 06 Oct, 2022

Video| Sempat selfie kau dik! Kanak-kanak berangan ada motosikal besar! Moga jadi kenyataan nanti!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


KANAK-KANA jika sudah suka sesuatu perkara, itu sahajalah yang dia akan hadap sampai puas kerana terlalu minat dengan perkara tersebut, kadang-kadang telatah mereka sangat mencuit hati.

Dalam Tiktok, tular sebuah video memaparkan telatah seorang kanak-kanak yang sangat menyukai motosikal besar sehingga sanggup selfie pelbagai gaya dan angle untuk memuaskan hatinya ketika melihat motosikal tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan motosikal-motosikal



Lebih mencuit hati apabila kanak-kanak ini sangat seronok dan teruja mengambil selfie sehingga memanjat sedikit salah satu motosikal besar untuk mendapatkan satu pose lain yang sangat cantik ketika menaiki motosikal ini.

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat geli hati dengan telatah kanak-kanak ini yang dilihat sedang selfie, dah macam orang dewasa pulak!



Insya-Allah dik! Berangan tak salah! Mana tahu masa dah besar dapat beli sebuah motosikal besar yang menjadi idaman. - KitaReporters


17
8
0
5
0
You will be interested