Insan & Komuniti 26 Mar, 2024

Berita baik! Tawaran Pengurangan Kompaun Letak Kereta Majlis Bandaraya Diraja Klang! 1-30 April 2024!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


Berita baik bagi mereka yang ada menerima saman daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Satu kempen tawaran Pengurangan Kompaun Letak Kereta MBDK sempena Hari Raya Aidilfitri akan bermula 1 April sehingga 30 April 2024, selama 30 hari. 

Tawaran ini melibatkan Kompaun Letak Kereta dengan kadar serendah RM15 sehingga RM300 bagi kompaun melibatkan pelbagai kesalahan trafik. 

Kempen ini adalah peluang yang diberikan kepada orang ramai untuk membayar kompaun dengan kadar rendah. 

Orang ramai digalakkan mengambil peluang ini dan disarankan untuk menjelaskan tunggakan kompaun dengan kadar serendah RM15 sebelum tindakan yang lebih tegas diambil termasuk tindakan pendakwaan di mahkamah. 


Mesin i-Kiosk di Ibu Pejabat MBDK, Bangunan Sultan Alam Shah, Klang


Menurut jurucakap MBDK, kompaun di bawah kesalahan Perenggan 51 (Kesalahan-kesalahan meletak kenderaan motor di petak letak kereta khas), Perenggan 36 (2) (e) (Kesalahan menghalang atau menyebabkan terhalang di tempat atau petak OKU) dan Perenggan 36 (2) (a) (Kesalahan menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta) adalah tidak termasuk dalam kempen ini.

Bagi mereka yang mahu tahu sama ada mereka mempunyai saman atau tidak, semakan dan pembayaran kompaun boleh dibuat melalui laman sesawang majlis iaitu ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun dan aplikasi Smart Parking MBDK serta perkhidmatan dalam talian KPKT iaitu pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak. 



Majlis juga menyediakan modul pembayaran melalui mesin i-Kiosk di lokasi berikut:

1. Ibu Pejabat MBDK Bangunan Sultan Alam Shah 

2. Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar, Jalan Meru 

3. Pejabat Cawangan Jalan Tengku Kelana 

4. Pejabat Cawangan Jalan Raya Barat 

5. Ruang Legar Pasaraya GM Klang  

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Letak Kereta, Jabatan Penguat Kuasa melalui talian 03-3375 8037/8038 atau hadir ke Pejabat Cawangan Jalan Tengku Kelana, Aras 3 untuk maklumat lanjut. - KitaReporters

14
12
0
11
0
You will be interested