Charles lalui rawatan akibat barah.
Sarah (tengah) hidap barah payudara dan kulit.
BUKAN saja Raja Charles yang disahkan menghidap barah malah bekas iparnya, Sarah Ferguson, bekas Duchess of York turut menerima perkhabaran tidak menggembirakan apabila didiagnosis dengan barah kulit selepas baru selesai menjalani pembedahan barah payudara pada tahun ini (2024).
Akhbar The Mirror melaporkan sebaik mendapat berita mengejutkan mengenai Sarah, 64, bekas isteri Putera Andrew adindanya, Charles segera mengutuskan surat sokongan moral dan mereka kemudian saling berkongsi rasa dukacita.
Charles, 75, dilaporkan mengetahui dia menghidap barah dalam pemeriksaan biasanya pada 17 Januari 2024 lalu berikuatan prostatnya kian membesar terus memulakan rawatan di hospital di London. Keyakinan dapat mengubati sakitnya itu, Charles siap memberitahu tidak sabar untuk menjalankan tugas rasmi tidak lama lagi.
Charles akan berulang alik dari kediamannya, Estate Sandringham di Norfolk ke London setiap minggu untuk rawatan itu. Dia sempat bertemu anak keduanya, Putera Harry selama 45 minit saja kerana helikopter menunggu untuk membawanya ke istana itu.
Khabar angin dalam TikTok mengatakan barah yang dihidapi raja kini berada pada tahap empat.
Mendiang Diana, Charles dan Sarah
Kesedihan berganda itu turut dirasai Tengku Mahkota, Putera Willam yang juga Putera Wales bila dia juga berdepan dengan isterinya, Kate Middleton yang kini sedang berehat daripada tugasan negara selepas menjalani pembedahan abdomen dalam minggu yang sama dengan raja disahkan barah.
William diuji dengan cabaran bekerja sendirian apabila menggantikan bapanya menghadiri tugasan diraja dan pada masa yang sama menjaga dan menguruskan dua putera dan seorang puterinya serta Kate.
William yang sebelum ini tidak dibekalkan dengan pembantu rumah yang ramai, perlu menguruskan rumah tangga yang selama ini diuruskan oleh isterinya. Kate Middleton dijangka bercuti sehingga 31 Mac 2024.
Walaupun disahkan oleh doktor barah itu masih pada peringkat awal namun seluruh dunia sudah kecoh kerana selama 71 tahun menunggu menaiki takhta, malangnya tidak sampai setahun, Charles dikesan menghidap barah pada bahagian anggota badannya yang lain ketika menjalani pemeriksaan prostat.
Adinda William, Putera Harry dilaporkan terkejut dan bergegas pulang ke England untuk bertemu secara empat mata dengan ayahnya. Dia dilaporkan menginap di hotel London selama 26 jam sebelum berlepas balik ke Amerika Syarikat. Isteri Harry, Meghan Meckle tidak ikut, begitu juga dengan dua anaknya.
Bermakna mungkin Charles akan terlepas untuk bermanja dengan cucunya, Archie dan Lilibet jika berkeras untuk membuang menantu dan cucu daripada senarai kerabat diraja.
William akan dibantu oleh kerabat diraja lain termasuk ibu saudaranya Puteri Anne dan adiknya Edward untuk meneruskan tugasan yang dijadualkan sehingga Raja Charles selesai menjalani rawatan.
CBS News melaporkan William dalam satu majlis makan malam sempena kutipan derma sangat menghargai semua pesanan yang memberi sokongan moral kepada keluarganya. Dia juga berterimakasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan isterinya.
Dia memberitahu tetamunya," Sokongan ini sangat bermakna kepada kami,".
Raja Charles turut mengeluarkan kenyataan pertamanya memohon maaf kerana tidak dapat menyertai sambutan kemerdekaan Grenada sambil memberitahu rasa terkilan tidak sempat menikmati hidangan sup Oli Down sajian istimewa Pulau Carribean itu.
Adik bongsunya, Putera Edward turut menjalankan tugasnya awal Februari 2024. Kali terakhir dia ke luar negara yang berakhir 26 Januari 2024 lalu.
Edward dan isterinya Sophie, 59 menjadi sebahagian orang kanan raja bila Charles mengecilkan senarai kerabat berkerja selepas bondanya mangkat tahun lalu (2023). - KitaReporters
Bersama Lady Diana ketika mereka berkahwin dengan anak-anak Ratu Elizabeth II. Dalam Instagramnya, Sarah berkata, "Rindu awak selama-lamanya kawanku yang disayangi,"