Insan & Komuniti 20 Apr, 2024

Video| Cara unik, sihat bagi duit raya! RM25 untuk setiap kilo! Jika berjaya turunkan berat badan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Memberi duit hari raya sudah menjadi adat dalam masyarakat Melayu walaupun ia bukan perkara wajib dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Biasanya duit hari raya diberi kepada golongan tua seperti ibu bapa, keluarga yang masih belum bekerja dan golongan kanak-kanak. Dulu duit raya biasanya diberi dengan tangan sehingga boleh terus dilihat jumlahnya, 

Masa berlalu dengan duit raya diisi dalam sampul kecil bagi mengelak terus diketahui jumlahnya.

Dan memasuki zaman terkini, terdapat pelbagai cara memberi duit raya. Antaranya memberi dalam talian ke dalam akaun dan menggunakan QR code.



Seorang datuk melaku cara tersendiri bagi memberi duit raya untuk para cucunya. Dia yang mempunyai ramai cucu mengenakan syarat untuk menerima duit raya daripadanya.

Dia akan memberi duit raya bernilai RM25 setiap kilogram yang berjaya diturun. Dia meletak alat penimbang ketika majlis bermaaf-maafan.

Dia sudah mencatat berat setiap cucunya pada Aidilfitri tahun lalu (2023) dan memberi tempoh setahun untuk mengurangkan berat badan.

Tujuannya menggunakan cara itu adalah sebagai motivasi untuk memastikan para cucunya mengutamakan kesihatan dengan menurun berat badan.


Selepas dinilai oleh si datuk,  penerima duit raya paling banyak ialah cucu wanita yang mendapat RM300 setelah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12kg.

Bagaimanapun terdapat sejumlah cucu yang tidak mendapat duit raya kerana berat badan semakin meningkat.

Cara pemberian duit raya yang unik ini tular dan sudah ditonton lebih 2.4 juta kali setelah videonya dimuat naik oleh anak si datuk melalui TikTok akaun @naturecore.delima.

Bagaimanapun pemilik TikTok itu tidak menyatakan nama si datuk dan di mana peristiwa itu berlangsung. - KitaReporters

7
17
0
8
0
You will be interested