Insan & Komuniti 12 Sep, 2022

Video| Pintar sekali kamu sayang! Mengucap panjang emak kanak-kanak! Motosikal suami kena cat putih!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


KANAK-KANAK memang selalunya mempunyai banyak idea di luar kotak yang tidak terjangka oleh orang dewasa seperti kita. Jika mereka diam tiba-tiba itu tandanya mereka sedang melakukan sesuatu di luar kawalan kita tanpa disedari.

Tular sebuah video dalam TiTok yang memaparkan idea kreatif yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak lelaki sehingga menjadi tumpuan ramai orang

Kanak-kanak ini dilihat sedang mengecat motosikal kesayangan ayahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kanak-kanak


Niat kanak-kanak ini sangat baik ingin menolong mengecat motosikal ayahnya. Namun ibunya terkejut apabila melihat motosikal ayahnya sudah bertukar warna putih kerana dicat olehnya.





Istighfar panjang ibunya ketika itu namun tetap memuji anaknya dengan rasa sabar yang tinggi apabila melihat tindakannya itu yang tanpa diduga.

Susulan video itu, rata-rata netizen yang melihat video ini merasakan kanak-kanak ini mempunyai bakat yang luar biasa kerana mampu mengecat motosikal ayahnya.



Ada juga yang berpendapat ibu kanak-kanak ini sangat baik kerana tidak langsung memarahi anaknya itu di atas tindakannya. - KitaReporters


14
9
0
14
0
You will be interested