Insan & Komuniti 14 Sep, 2022

Rezeki anak disleksia! Buta huruf tetapi lulus cemerlang! Kini buat persiapan untuk ke universiti!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SIAPA sangka seorang remaja yang tidak boleh membaca dan menulis kerana mengalami masalah disleksia akhirnya lulus cemerlang dan kini dalam persediaan memasuki universiti.

Sekali fikir tidak logik dan masuk akal tetapi itulah realiti yang berlaku kepada remaja 18 tahun dari Bath, United Kingdom (UK). apabila lulus cemerlang dan memperoleh gred A*AA dalam keputusan sijil A-Level yang merupakan peperiksaan paling sukar pada peringkat sekolah menengah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan masalah disleksia


Namun tiada yang mustahil bagi Oliver Chadwick yang disahkan mengalami disleksia, sejenis gangguan membaca dan menulis, namun semangat serta kesungguhan dirinya membuahkan hasil kepadanya.

Remaja berusia 18 tahun itu kini sedang membuat persiapan untuk melanjut pengajian dalam bidang Kejuruteraan Matematik di Universiti Bristol.

Berkongsi kisah kejayaan, Oliver yang bersekolah di Ralph Allen di Bath berkata, kejayaan yang dicapai hari ini adalah hasil kesungguhan ibunya, Sophie, yang bekerja keras mengubah perjalanan hidupnya daripada seorang kanak-kanak disleksia kepada individu normal.

Katanya walaupun ramai menganggap dirinya bermasalah kerana tidak mampu membaca dan menulis hakikat dirinya hanya berdepan masalah untuk membaca papan tanda sahaja.



Katanya sejak kecil ibunya memberikan perhatian yang lebih kepadanya dan pernah menyertai kelas khas melalui Persatuan Disleksia namun berhenti dan kembali menyertai kelas biasa.

Katanya di sekolah, dia lebih banyak menggunakan pendengaran ketika dalam kelas.

Malah lebih menguntungkan Oliver juga mempunyai pembantu pengajar untuk beberapa subjek, untuk memudahkan pembelajarannya.

Dia juga turut mempunyai bilik peperiksaan khas bagi membolehkan menentukan jawapannya kepada jurutulis. Malah sehingga kini dia tidak berdepan masalah berkaitan nombor seperti remaja disleksia yang lain.

Apabila memasuki alam kampus nanti, Oliver akan menerima sistem sokongan kemahiran pembelajaran bagi membolehkan dirinya membiasakan diri di alam kampus selain mentor yang akan membantu dirinya.

Semoga Oliver sukses di alam kampus dan berjaya menggenggam ijazah suatu hari nanti. - KitaReporters


15
13
0
11
0
You will be interested