Insan & Komuniti 20 May, 2025

Video| Hebatnya! Cipta rekod dunia! Wanita tergantung dan berpusing guna rambut! Lebih 25 minit!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Leila Noone, 39, seorang penghibur sarkas profesional membiarkan dirinya tergantung dan berpusing menggunakan rambutnya selama 25 minit dan 11.3 saat untuk memecah Guinness World Records (GWR).

Leila melakukan pecahan rekod itu di Taman Nasional dan Negeri Redwood, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.


Leila mengguna kuasa minda untuk digantung dan berpusing bagi mencipta rekod baru GWR. - Kredit foto: GWR


Menurut GWR ketika melakukan percubaan itu, Leila memusingkan badan dengan menggunakan peralatan yang dipasang pada sebatang pokok.

Leila telah berlatih selama dua tahun bagi membuktikan dia boleh lakukan aksi ngeri ini dengan menggunakan kuasa minda. Percubaannya turut disaksi beberapa kawannya dengan bermain gitar.

Dengan semangat gigih akhirnya Leila berjaya memecah rekod 23 minit dan 19 saat yang dicatat oleh warga Australia, Suthakaran Sivagnanathurai pada 2011.



Leila mempunyai matlamat menjadi pemegang rekod kategori itu untuk jangka masa yang lama. Justeru dia bercadang untuk membaiki rekodnya sekarang sebelum berusia 45 tahun.

Leila  yang pernah muncul dalam program ‘American Ninja Warrior’, mempunyai ribuan pengikut dalam media sosial, dan sering berkongsi imej dan video yang menakjubkan tentang dirinya melakukan pelbagai aksi akrobatik, menembak busur dan anak panah dengan kakinya dan sudah tentu, banyak rambut tergantung. - KitaReporters

11
9
0
12
0
You will be interested