Insan & Komuniti 02 May, 2025

Video| Usia dah 100 tahun! Menabung selama 70 tahun! Petani tua disahkan sihat untuk tunaikan haji!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Menunai ibadat haji adalah Rukun Islam Kelima. Ia perlu dilaku oleh golongan yang berkemampuan dan sihat. Bagaimanapun masih ramai umat Islam yang berkemampuan masih tidak melakukan ibadat haji. 

Mereka lebih suka melancong. Malah ada yang sudah beberapa kali menunaikan umrah tetapi masih enggan menunaikan haji dengan alasan tertentu.

Dengan jumlah umat Islam seluruh dunia semakin bertambah, jumlah untuk mengerjakan haji terpaksa dihadkan menyebabkan ada yang terpaksa menunggu puluhan tahun untuk tersenarai.

Namun masih ramai golongan kurang berkemampuan tetap mempunyai Impian mengerjakan haji dan mengumpul wang sedikIt demi sedikit untuk mencapai Impian itu.

Kisah petani bernama Sanusi di Bogor, Jawa Barat, Indonesia perlu menjadi renungan semua akan impiannya ke Tanah Suci.


Sanusi menabung sedikit demi sedikit sejak tahun 1955 atau 70 tahun lalu hasil pertanian yang diusahakannya. Dia membeli tanah sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu hektar. Dan dia menanam beberapa tanaman seperti ubi kayu, pisang, nangka dan rambutan 

Hasil jualan selain diguna untuk kegunaan harian, sebahagian wangnya disimpan untuk menunai haji.

Walaupun sudah menyimpan sejak lama namun Sanusi hanya mendaftar untuk dirinya dan isteri  pada 2019 iaitu setelah kos menunai Haji untuk dua orang cukup.

Setelah lima tahun penantian, Sanusi yang merupakan warga Kampung Babakansadeng, Desa Wangunjaya, Kecamatan Leuwisadeng, Kabupaten Bogor ini mendapat panggilan ke Tanah Suci setelah masuk dalam senarai keutamaan kerana usianya sudah mencapai 100 tahun.




Dia dijadualkan berangkat pada pertengahan Mei 2025 setelah mendapat pengesahan sihat daripada Jabatan Kesihatan. Ia menjadikan Sanusi yang lahir pada 3 Februari 1925 sebagai jemaah haji tertua dari daerah Bogor.

Bagaimanapun isterinya tidak dapat ikut serta kerana disahkan tidak sihat. 

Dalam usia 100 tahun, Sanusi masih 'segar' seperti baru berusia 50-an dan mengusahakan tanah pertaniannya. Dia masih mampu mencangkul dan menebas serta berjalan laju dan tidak mempunyai penyakit kronik.

Insya-Allah, Sanusi akan pulang dari Mekah dengan memakai gelaran Haji Sanusi dan menjadi antara segelintir warga Indonesia yang berjaya menunai haji ketika sudah berusia 100 tahun dan ke atas. - KitaReporters

Sanusi masih gagah mengusahakan tanah pertaniannya kelihatan seperti baru berusia sekitr 50-an. Foto: Tribun News

8
11
0
11
0
You will be interested