Insan & Komuniti 31 Dec, 2022

Dapatkan segera! e-book Memoir Mama Masscom! Buku pengalaman jadi pensyarah Masscomm selama 2 dekad!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


SETELAH bersara wajib dua tahun lalu, penulis mengumpulkan kenangan menjadi pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Masscomm) di UiTM sejak dua dekad yang lalu dalam sebuah buku yang bertajuk Memoir Mama Masscom. 

Pelbagai kenangan pahit manis terukir sepanjang bergelar pensyarah kanan di UiTM. 

Memulakan kerjaya sebagai pendidik pada usia matang, iaitu 39 tahun, setelah berkhidmat dengan beberapa syarikat Media seperti The New Straits Times, The Sun dan NTV7. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bidang kewartawanan


Di dalam buku setebal 150 muka surat itu ada pelbagai kisah menarik penulis dan pelajar-pelajar sejak tahun 1999 hngga 2021. Buku itu juga penuh dengan gambar-gambar kenangan bersama pelajar Masscomm yang memanggil penulis dengan gelaran Mama Masscom. 

Sebab itu buku kenangan itu penulis memilih tajuk "Memoir Mama Masscom" yang bermaksud Kenangan Mama Masscom. 



Terlalu banyak kenangan yang dapat penulis kumpul sewaktu menjadi pendidik kepada pelajar pelajar media ini walaupun hanya 20 tahun. 

Bermula dengan tugas di Shah Alam kemudian di tukarkan ke UiTM Perlis di Arau, kemudian berpindah pula ke Puncak Perdana dalam tahun 2005 hinggalah penulis menamatkan tugas secara wajib sebagai pensyarah di kampus Induk UiTM Shah Alam. 

Di Arau, Perlis banyak kisah menarik penulis coretkan di sana. Pelbagai kisah manis dan lucu yang dicatatkan. 

Masa tu teknologi masih belum canggih. Kisah kampung dan kisah hidup di kampung sebagai pensyarah sangat unik. Sangat seronok bila mengimbau kenangan di sana. 


Pelajar Masscomm saya pada tahun 2001.


Pelajar pengambilan pertama di UiTM Arau pada tahun 2002. 


Di Shah Alam juga banyak kisah menarik yang penulis kongsi dengan pelajar. Penulis suka mengadakan program khidmat masyarakat oleh itu banyak gambar aktiviti pelajar di dalamnya. 

Memang penuh warna warni dan bagi pelajar yang membacanya pasti mereka akan teringat kenangan diwaktu itu. 

Buku ini akan mengimbau zaman mereka menjadi pelajar dan memang khusus untuk bekas pelajar-pelajar penulis. 

Terlalu banyak gambar yang penulis simpan sebagai kenangan. Sebab itu penulis bercadang membukukan segala kenangan berserta gambar-gambar dengan pelajar-pelajar sebagai kenangan sepanjang hayat mereka yang pernah menjadi pelajar penulis. Dulu gambar-gambar hanya menggunakan kamera yang menggunakan Kodak (filem) dan perlu diproses untuk dapatkan gambar, Tetapi sekarang semuanya sangat canggih. 


Program suai kenal pelajar baharu pada tahun 2015

Ini adalah program anak angkat di Telok Mas, Melaka pada tahun 2010. 

Buat masa ini buku ini diterbitkan dalam bentuk e-book (buku elektronik) dahulu kerana untuk mencetaknya perlu melihat sambutan ramai yang ingin membeli buku berkenaan. 

Di sini penulis sertakan sedikit gambar kenangan pelajar. Jika mereka berminat bolehlah memiliki e-book Memoir Mama Masscom ini. Nantikan update baharu mengenai buku ini dalam FB penulis (https://www.facebook.com/hariyati.ariffin).- KitaReporters  




Bersama beberapa pelajar saya di Kundasang Sabah dalam lawatan ke Universiti Malaysia Sabah. Tiiga daripada mereka sudah menjadi orang media antaranya Hawa Rizwana di TV3.

16
15
0
10
0
You will be interested