Insan & Komuniti 19 Nov, 2024

Wanita Jepun kaget! Orang Malaysia suka simpan kasut dalam kereta! Macam kedai kasut! Pilih mana nak!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di tempat baharu apatah lagi berbeza budaya dan agama. Situasi ini sering terjadi kepada mereka yang berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa dan agama. Mereka terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk menyesuaikan diri.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai pengalaman baharu akan ditempuhi. Inilah yang orang panggil kejutan budaya (culture shock). 

Sama ada mereka boleh menerima atau sebaliknya, terpulang kepada diri masing-masing. Namun biasanya demi orang tercinta, perkara tersebut bukan halangan besar.


Kisah cintanya bersama suami pernah mendapat liputan media Indonesia.


Kisah seorang wanita Jepun yang juga pempengaruh media sosial, Anna Farhana Tanaka memilih lelaki Melayu Malaysia untuk dijadikan suami, pernah mendapat liputan. Malah, kisah mereka juga pernah mendapat liputan media Indonesia. 

Percintaan mereka berputik ketika berkenalan dalam Facebook sehingga ke jenjang pelamin.

Menggunakan media sosial untuk berkongsi kisah hidup keluarga serta pengalamannya tinggal di Malaysia, ia ternyata menarik perhatian netizen. 

Sebagai orang Jepun, adat budaya serta gaya hidup sudah pasti jauh berbeza dengan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu.


Anna sering berkongsi kejutan budaya yang dialaminya dalam media sosial.


Justeru, menurut Anna, dia setiap hari belajar perkara baharu terutama gaya hidup masyarakat Malaysia. Banyak perkara yang membuatkan dia culture shock tentang masyarakat Malaysia. Terbaharu, adalah mengenai tabiat orang Malaysia yang suka menyimpan banyak kasut di dalam kereta.

Menurutnya, budaya tersebut sangat menarik perhatiannya kerana di Jepun perkara itu tidak mungkin akan berlaku. 



Dalam video yang dikongsi, dia bersama kawan-kawan Malaysia pergi bercuti ke Genting Highlands, Pahang. 

Namun, apa yang mengejutkannya ialah ketika pergi masing-masing hanya memakai sandal atau selipar sahaja termasuk dirinya. Setelah sampai, tiba-tiba masing-masing keluar dari kereta dengan memakai kasut kecuali dirinya. 

Itulah menyebabkan dia sedar orang Malaysia suka menyimpan kasut di dalam kereta.



Jadi, dia tertanya-tanya adakah orang Malaysia lebih fleksibel atau beradaptasi dengan situasi. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang kebanyakannya orang Malaysia.



“Dekat bonet kereta dah macam stor, kasut ditambah pula dengan baju simpanan, toiletries pun kadang-kadang simpan,” jawab salah seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen menjelaskan itulah kebiasaan orang Malaysia. Katanya, bukan satu dua kasut yang ada tetapi lebih daripada itu di dalam kereta kerana ia digunakan untuk kegunaan-kegunaan lain.

“Kasut mall lain, joging lain. Selipar dalam rumah, luar rumah. Kasut kenduri, kasut raya, semua lain-lain,” jelasnya.


7
16
0
17
0
You will be interested