Larian Hari Gajah Sedunia 2025 dan Zoorama 2025 menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung untuk datang ke Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) pada musim cuti persekolahan baru-baru ini.

Zoorama 2025 di ZTNS, Taiping.
Kedua-dua
program tersebut diadakan ketika musim cuti persekolahan pada 12-20 September 2025 lalu menjadikannya tarikan istimewa bukan sahaja kepada warga tempatan malah juga
pelancong dari luar negeri Perak.
Larian Gajah
Sedunia membolehkan 800 peserta berlari sejauh lima kilometer di dalam kawasan
ZTNS sambil melihat binatang di dalam ZTNS.
Apa yang menarik rata-rata pengunjung berpeluang melihat gajah dengan lebih dekat menjadi ia salah satu tarikan di ZTNS.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh yang turut melihat gajah berkata, program Zoorama telah menarik 40,000 orang pengunjung ke ZTNS dalam tempoh cuti persekolahan.
“Dalam sehari
10,000 orang menjadikan ZTNS sebagai lokasi untuk dikunjungi,” katanya.
Kah Wah
berkata, ini akan membangunkan industri pelancongan utama di Perak dan ZTNS
menjadi nadi utama pelancongan ke bandar warisan Taiping.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, seramai 647,000 orang telah mengunjungi ZTNS pada tahun lalu (2024) dan setakat Januari hingga September tahun 2025 ini seramai 470,000 telah berkunjung ke ZTNS.

Katanya, bagi
menarik kanak-kanak mengunjungi ZTNS, sebuah galeri berharga RM100,000 sedang
dinaik taraf bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman mengenai pengoperasian
zoo dan kepentingan menjaga ekosistem binatang liar.
“Galeri itu
dijangka siap dalam tempoh tiga bulan,” katanya.
Wong Kah berkata, pihaknya akan melaksanakan pakej pendidikan untuk membawa kanak-kanak sekolah dari kawasan dan daerah lain untuk datang ke ZTNS pada tahun depan (2026). - KitaReporters


Wong Kah Woh (tengah) bergambar dengan peserta Larian gajah Sedunia di ZTNS Taiping.