Insan & Komuniti 14 Jun, 2023

Video| Shihab Chottur jalan kaki dari Kerala, India ke Mekah! Sejauh 8,640km! Selama 12 bulan 5 hari!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SHIHAB Chottur berjaya sampai di Madinah pada berjalan kaki sejauh 8,640 dari India sejak 2 Jun 2022 lalu .



PERJALANAN sejauh 8,640 kilometer dari India ke Mekah, Arab Saudi bukan menjadi penghalang untuk berjalan kaki bagi seorang pengusaha supermarket, Shihab Chottur apabila dia berjaya selamat sampai ke Tanah Suci pada 7 Jun 2023 lalu.

Shihab Chottur mengambil masa selama 12 bulan 5 hari untuk berjalan kaki bermula dari India sebelum menempuh Pakistan, Iran, Iraq dan Kuwait sehingga Arab Saudi.

Beliau berasal dari Valancerry di daerah Matappuram, Kerala, India telah memulakan perjalanan sejak 2 Jun 2022 ke Mekah untuk menunai ibadah haji.

Selepas memasuki Arab Saudi, Shihab pergi ke Madinah dan berada di sana selama 21 hari sebelum berjalan ke Mekah pula.


SHIHAB Chottur bergambar di depan Masjid Al-Nabawi, Madinah


Dipetik dari The Siasat Daily pada 12 Jun 2023 lalu berkata, pengusaha supermarket itu berbuat demikian kerana sebelum ini dia selalu mendengar cerita orang-orang tua dahulu hanya berjalan kaki dari Kerala ke Mekah. 

``Cerita-cerita seperti itu telah mendorong saya untuk berjalan kaki bagi menunaikan ibadah haji dan setiap hari dia terpaksa berjalan kaki sekurangnya 60 kilometer dari India hingga Arab Saudi itu,’’ katanya.

Di Madinah pula, Shihab mengambil masa perjalanan untuk ke Mekah sejauh 440 kilometer selama sembilan hari.

Sementara itu, ketika diwawancara dengan saluran Television Arab Saudi Al-Ekhbariya, Shibab berkata, perjalanannya tidak semudah sebagaimana disangkakan. 

Ketika sampai di Wagah, Punjab lelaki itu pernah ditahan pada September 2022 oleh pihak berkuasa kerana tidak memiliki visa.

Selama beberapa bulan dia terpaksa tinggal di Aafiyah Kids School, Khasa, Amristar, Punjab sebelum mendapat visa transit.

``Sesiapa pun yang mempunyai niat baik maka Allah akan memudahkan jalan untuk mencapai tujuan itu,’’ katanya. - KitaReporters


https://shihabchotturofficial.com/


SHIHAB Chottur berjalan kaki sejauh 8,640 kilometer dari Karela, India ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji

8
10
0
10
0
You will be interested