Insan & Komuniti 12 Aug, 2023

Tolong kami! Bantu MAPIM! Mohon sumbangan tetap untuk gerak kerja! Program jariah Skim Infaq MAPIM!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MAPIM sebagai sebuah wadah Islam yang  melaksanakan pelbagai usaha membela ummah di Malaysia dan di seluruh dunia menggalas tanggungjawab amat berat demi mengembalikan izzah ummah.  

MAPIM bergerak di 27 negara menyalurkan bantuan kemanusiaan dan mengangkat isu umat Islam global.  

Antara negara yang menjadi operasi MAPIM adalah Palestin, Iraq, Syria, Eritrea,  Ethopia, Sudan, Somalia, Yeman, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, Bangladesh, China, India,  Myanmar, Sri Lanka, Thailand Selatan, Indonesia dan Filipina. 

Dalam keadaan dana yang sangat terbatas MAPIM berusaha melaksanakan tanggungjawab semampu boleh agar nasib golongan yang menjadi mangsa konflik dan dilanda bencana dapat dibantu. 

MAPIM melaksanakan projek edaran makanan dan air minum, pakaian musim sejuk, ubatan, khemah perlindungan, keperluan wanita dan kanak-kanak, pembiayaan persekolahan dan klinik, penajaan anak yatim. 

Di Malaysia MAPIM aktif menbantu asnaf serta komuniti B40. Program pendidikan, bantuan keluarga miskin, pembina generasi muda, bangunkan sosioekonomi penghuni miskin di bandar dan desa, mengendali isu tanah dan pembangunan serta membina keusahawanan. 



Kehadiran MAPIM sebagai badan Islam sejak 2006 telah diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan kerajaan Malaysia sendiri. MAPIM diiktiraf oleh PBB, OIC dan ICRC serta pelbagai  agensi kemanusiaan.

Namun keterbatasan dana menyebabkan gerak kerja MAPIM agak terbantut kerana kami tidak mampu menampung kos pengurusan yang memadai untuk berkhimat dan efisien. 

Lantaran itu kami memanjangkan permohonon untuk orang ramai berinfak secara tetap kepada MAPIM setiap bulan bagi perbelanjaan pengurusan MAPIM meliputi kos sewaan pejabat, komunikasi, utiliti, elaun petugas dan logistik. 

Perbelanjaan keseluruhan pengurusan pejabat Presiden MAPIM adalah RM50,000 sebulan. 

Sehubungan itu, kami menjemput orang ramai agar dapat menyertai Skim Infaq MAPIM (SIM) sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 1 tahun.  

Kami sedang mendapatkan 1,000 orang penginfak bulanan dalam skim SIM bagi menampung perbelanjaan. 

Kami berharap orang ramai dapat memanjangkan maklumat mengenai skim SIM ini kepada ahli keluarga dan rakan agar mereka turut menyertai jariah skim SIM. 

Skim potongan bulanan dari akaun orang ramai boleh disalurkan kepada Akaun CIMB Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia bernombor 860 455 6678. 

Kami mengharapkan orang ramai dapat memaklumkan kepada kami apabila mulai membuat caruman bulanan agar pejabat kami dapat mengeluarkan penyata dan resit untuk tujuan rekod. 

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai kewangan pejabat Presiden MAPIM: Khairon Sani (019 9200559). Sumbangan orang ramai amat dihargai dan mendoakan infak yang disalurkan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. 


Mohd Azmi Abdul Hamid  

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islsm Malaysia (MAPIM)


12
10
0
6
0
You will be interested