Insan & Komuniti 30 Apr, 2021

Video| Telefon bergetar ketika imamkan solat! Bimbang jemaah terganggu! Terus matikan telefon!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


GANGGUAN ketika bersolat tidak boleh dipandang mudah kerana boleh menyebabkan tidak khusyuk ketika menghadap Yang Esa.

Kisah sama turut berlaku berlaku kepada seorang imam yang berdepan gangguan ketika mengimamkan solat sunat tarawih baru-baru ini.

Kisah yang berlaku kepada imam, Rahim Azhari itu menjadi tular selepas dimuat naik dalam Instagram miliknya, @rahimazhari baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan solat tarawih


Kata Rahim kejadian berkenaan berlaku ketika menjadi imam di Surau al-Haqq, Taman Sentosa di Klang, pada Rabu, 21 April 2021 lalu, ketika itu, telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket tiba-tiba bergetar pada bahagian dada sehingga dia merasa geli.

“Pengajaran buat aku. Mujur laa phone tu silent. Kalau tak, mau berkaroeke jemaah dengan lagu Nissa Sabyan hahahaha,” kongsinya di laman Instagram miliknya.

Imam berusia 29 tahun itu berkongsi walaupun telefon tidak ‘bersuara’ tetapi tetap mengganggu dirinya sehingga memaksa dia mengeluarkan daripada poket dan mematikan telefon bimbit berkenaan.

Dia juga bimbang jika membiarkan telefon terus bergegar akan menjejaskan tumpuan Jemaah lain.



“Pembesar suara yang dipasang berdekatan dengan dada, jadi ada terdengar bunyi di dalam mikrofon berkenaan. 

“Jika telefon itu terus bergegar kemungkinan boleh mengganggu tumpuan jemaah,” ujarnya yang kesal akibat kecuaian diri sendiri.

Ketika itu Rahim, yang juga seorang penyanyi, usahawan dan penceramah program motivasi, terus mengeluarkan telefon daripada poket dan memegang serta mematikan telefon berkenaan sebelum meletaknya di sejadah ketika sujud.

Terdahulu pemuda itu menjelaskan dia membuat rakaman video ketika mengimamkan solat sunat tarawih bagi tujuan rekod pengurusan surau berkenaan.

Katanya sebelum solat dia telah betulkan kedudukan kamera untuk tujuan rekod dan tanpa menyedari dia meletakkan telefonnya ke dalam poket di bahagian dada.

“Pada awal solat semuanya berjalan lancar namun hanya beberapa ayat lagi surah Al-Fatihah nak selesai ada panggilan telefon,” katanya yang menyebabkan getaran terlalu kuat dan menyebabkan geli.



Akuinya lagi, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku kepada dirinya sepanjang menjadi imam kerana pernah ada cengkerik atau lipas yang ‘tumpang’ ke dalam jubahnya sehingga memaksa dia menggerakkan pakaian itu dengan tujuan menghalau binatang berkenaan.

Kongsinya walaupun nampak mudah namun jika berlaku beberapa kali pergerakan dalam solat mampu membatalkan solat.

Kongsinya lagi, selesai solat dia membuat semakan di telefon dan mendapati panggilan itu daripada penjual barang yang ditempah daripada aplikasi beli-belah.

Wah imam pun suka shopping dalam talian jugak ye!

Semoga lebih hati-hati pada masa depan dan kejadian berkenaan tidak berulang lagi! bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan ketika solat tetapi dibimbangi membatalkan solat. - KitaReporters


 

5
1
6
7
3
You will be interested