RAMAI antara kita terkesan dek kerana banjir yang melanda di seluruh Malaysia. Semoga yang terkesan kekal tabah dan bersabar dengan bencana alam yang berlaku ini.
Insya-Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga apa yang diambil hari ini akan diganti dengan gantian yang lebih baik. Amin ya Rabb!!
Lagi kisah-kisah tragik berkaitan banjir
Seorang pengguna dalam Twitter berkongsikan barangan yang diperlukan untuk tujuan pembersihan semula selepas bencana banjir berlaku. Perkongsian ini dilakukan kerana beliau mempunyai pengalaman menghadapi peristiwa banjir sebelum ini kerana menetap di Pantai Timur.
Paling penting, anda perlu mengocakkan air banjir dahulu untuk membuang lumpur dan barang-barang rumah perlu dibasuh banyak kali untuk menghilangkan bau busuk, lalu keringkan dan barulah sembur air menggunakan water jet.
Ini adalah 7 barangan yang memudahkan urusan anda untuk melakukan pembersihan rumah selepas banjir:
1. Water Jet (pam pancutan air)
Water jet dikatakan alat yang paling penting dan paling berguna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga semasa bersihkan lumpur yang melekat di perabot mahupun di lantai dan dinding rumah.
2. Penyodok Air
Penyodok air ni penting untuk memudahkan kita tarik air semasa proses pembersihan berlaku. Maka, tidak payahlah kita tunggu lama-lama sampai air kering.
3. Sarung Tangan
Ini sangat penting. Kalau kita pakai sarung tangan, kita dapat elakkan daripada tangan melecet dan juga jangkitan kuman akibat terlalu lama terdedah dengan air banjir yang kotor.
4. Kasut but
Pemakaian kasut but juga sama pentingnya dengan sarung tangan kerana kita tak tahu apa yang ad)
Ini satu lagi benda penting yang perlu ada. Pastikan beg plastik yang anda guna itu heavy duty barulah tidak cepat koyak.
6. Pasir Kucing
Pasir kucing ini dapat membantu untuk serap bau lumpur. Anda hanya perlu buka plastik dan biarkan sahaja ia menyerap bau itu.
7, Air freshner (penyegar udara)
Selepas banjir bau sangat busuk & lama jugak nak hilang. Maka pakailah air freshener. Boleh cakap setiap sudut aku letak. Tingkap kasi buka okey. - KitaReporters