Insan & Komuniti 15 Apr, 2020

TOLONG KAMI!! PELAJAR MADINAH INGIN PULANG

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

SERAMAI 250 pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah (UIM) di Arab Saudi merayu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mempertimbangkan hasrat mereka untuk dibenarkan pulang ke tanah air. : KitaReporters

Universiti Islam Madinah (UIM) di Arab Saudi ditutup.


Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Madinah, Mohamad Irfan Fahmi Ea’dil, 26 , berkata mereka telah membuat rayuan untuk pulang ke tanah air selepas peperiksaan akhir  pada awal April 2020 tetapi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak membenarkannya.

Katanya, susulan dari surat bertarikh 3 April 2020 yang tidak membenarkan mereka pulang oleh pihak KPT, maka Persada telah mengutus surat rayuan baru bertarikh 11 April 2020 kepada Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr Noraini Abdullah pula untuk membantu mereka agar dapat pulang kerana bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Madinah, Riyadh, Mekah dan Jeddah.

Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Madinah Mohamad Irfan Fahmi Ea’dil  



“Kebimbangan bukan sahaja dirasai pelajar di sini tetapi tekanannya turut dirasai keluarga kami di Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Pelajar semester enam, Pengajian Dakwah Usuluddin UIM yang berasal dari Rawang, Selangor ini amat berharap Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dapat mempertimbangkan secara serius hasrat mereka untuk pulang ke tanah air.

Peningkatan Kes Covid-19 meningkat di Arab Saudi setakat 14 April 2020. - Kredit foto: FB Persada Cawangan Madinah


Antara pelajar-pelajar Malaysia yang menyambung pendidikan di Univeristi Islam Madinah, Arab Saudi.


Sementara itu, rakannya Hathim Adly Shahrin, 25, pelajar semester enam program Syariah berkata, kesemua mereka ditempatkan di UIM dan tidak dibenarkan keluar.

"Pintu pagar universiti sentiasa ditutup dan pelawat atau urusan luar juga tidak dibenarkan," sambungnya lagi. - KitaReporters

Hathim Adly Shahrin, 25, pelajar semester enam program Syariah 


3
1
1
0
0
You will be interested